Tips Pelaburan : Menghadapi Kejatuhan Pasaran Dan Kemelesetan Ekonomi - Market Demon

Monday, February 4, 2019

Tips Pelaburan : Menghadapi Kejatuhan Pasaran Dan Kemelesetan Ekonomi


Apabila pengembangan ekonomi mula berada di penghujung, anda mungkin mendengar laporan mengenai penurunan sektor hartanah, peningkatan kadar pengangguran, dan pengeluaran ekonomi semakin mengecil. Tetapi adakah ini semua mempunyai kaitan dengan portfolio anda? Selain dari semua risiko ini, bagaimana kemelesetan mempengaruhi anda sebagai pelabur? Apa yang perlu dilakukan oleh pelabur semasa kemelesetan? Jawapannya bergantung kepada keadaan dan jenis pelaburan anda.

Pertama sekali, ingat bahawa trend penurunan bukan malapetaka bagi pelabur. Sesetengah pelabur mengambil kesempatan dari kejatuhan pasaran dengan melakukan short selling. Maksudnya mereka membuat keuntungan dari kejatuhan pasaran. Teknik ini hanya boleh digunakan oleh sophisticated investors. 

Sesetengah pelabur melihat kemelesetan sebagai jualan gudang. Dikenali sebagai value investing, kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti harga saham yang jatuh sebagai discount price. Para pelabur akan mengambil kesempatan daripada trend penurunan untuk memilih saham-saham syarikat yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah. Terdapat satu lagi jenis pelabur yang memanfaatkan peluang semasa kejatuhan pasaran, iaitu long term investor yang menggunakan strategi buy & hold.

Value investing bukan untuk semua orang kerana ia memerlukan penyelidikan dan kajian yang meluas. Sementara short selling memerlukan disiplin yang lebih ketat berbanding buy & hold. Kuncinya adalah memahami keadaan anda dan memilih gaya pelaburan yang sesuai dengan diri anda.

Sebagai contoh, jika anda menghampiri usia persaraan, pendekatan jangka panjang seperti strategi buy & hold sudah tentu bukan untuk anda. Selain itu, anda juga sebaiknya mempelbagaikan pelaburan anda ke dalam kelas aset yang lain seperti bond, mata wang (Forex), cryptocurrency atau real estate. Jangan pula melabur dalam pelaburan yang berasaskan skim piramid, selain dari anda berisiko kehilangan wang, nama dan kredibiliti anda juga akan tercalar.

"I’ve heard there’s going to be a recession. I’ve decided not to participate."

Ikuti kami di Twitter Market Demon


No comments: