Malaysia: Kadar pengangguran dari 2007 hingga 2017 - Market Demon

Monday, June 11, 2018

Malaysia: Kadar pengangguran dari 2007 hingga 2017


Statistik ini menunjukkan kadar pengangguran di Malaysia dari 2007 hingga 2017. Pada tahun 2017, kadar pengangguran di Malaysia adalah kira-kira 3.4 peratus. 


Pengangguran di Malaysia 


Pengangguran Malaysia di kira agak rendah dan stabil pada kira-kira tiga peratus yang mana ini bermakna penduduk mempunyai pekerjaan tetap. Negara mencapai tahap pengangguran terendah pada 2014, dengan kadar 2.85 peratus. Ekonomi Malaysia yang rancak dianggap sebagai salah satu yang paling kuat di South_East Asia. Seiring dengan kestabilan politik ini menjadikan kadar pengangguran yang rendah dan kadar pertumbuhan yang baik setiap tahun.

Sektor perindustrian menjadi penyumbang utama kepada KDNK dan pada ketika ini sektor ini  menyediakan lebih kurang 30 %  peluang pekerjaan. Manakala lebih 50 %  pendapatan KDNK dijana oleh sektor perkhidmatan. Disebabkan ekonomi yang rancak dan pesat membangun, purata KDNK per kapita turut berkembang pada kadar yang lebih tinggi. 

Walaupun statistik menunjukkan perkara positif, tetapi arus berita perdana melaporkan kadar pengangguran mengikut ranking di dahului golongan muda, graduan dan mereka yang bukan siswazah. Disebabkan hal ini, kerajaan mengambil langkah menggalakkan syarikat membuka peluang kepada mereka yang belia seiring dengan kukuhnya politik dan ekonomi negara.

Sumber : ILO, Statista


No comments: