CBOE Volatility Index (VIX)
CBOE Volatility Index (VIX) atau juga dipanggil fear index, secara teknikalnya tidak digunakan untuk mengukur volatility seperti mana indicator yang lain. Volatility merujuk kepada tahap turun naik harga yang dapat dilihat melalui past data. VIX digunakan untuk melihat jangkaan volatility pada masa hadapan. Semakin tinggi nilai VIX, semakin tinggi uncertainty.
VIX mula diperkenalkan oleh CBOE pada tahun 1993. VIX futures pula diperkenalkan pada tahun 2004, dan dua tahun berikutnya VIX option dilancarkan. Nilai VIX disebut dalam percentage point dan digunakan untuk meramal pergerakan harga saham dalam S&P 500 bagi 30 hari berikutnya.
Investor, penganalisis dan portfolio manager menggunakan VIX untuk mengukur tekanan dalam pasaran sebelum mereka membuat sebarang keputusan. Apabila nilai VIX tinggi, mereka lebih cenderung menerapkan strategi pelaburan dengan risiko yang lebih rendah.
Keadaan Semasa Pasaran
Kita kini telah mendapat banyak isyarat bahawa pasaran akan mengalami kejatuhan.
- Pertama sekali, VIX telah memberi maklumat bahawa fasa volatility yang rendah mungkin sudah berakhir. Pasaran kini berkemungkinan sedang memasuki fasa volatility yang tinggi.
CBOE Volatility Index (VIX) |
- Kedua, S&P 500 (SPX) memberi isyarat extremely high.
S & P 500 (SPX) |
- Ketiga, Apple (AAPL) dan Amazon (AMZN) yang merupakan market leaders berada dalam selling pressure.
Apple (AAPL) |
Amazon (AMZN) |
Harus diingat, di alaf baru pasaran kewangan tidak jatuh mendadak dalam tempoh satu malam seperti mana dalam sejarah kejatuhan pasaran pada masa lalu. Setiap fasa mengambil masa untuk develop. Contoh terbaru adalah semasa krisis Subprima 10 tahun yang lalu.
No comments:
Post a Comment