Ramai orang cuba mencapai sesuatu matlamat dan mencabar diri menjadi yang lebih baik dari sebelumnya, tetapi akhirnya gagal. Perkara seperti ini sering kali diakhiri dengan kenyataan 'saya belum bersedia'. Malah, boleh mengakibatkan kita hilang motivasi, rasa malas dan berputus asa. Kenapa kita mudah berputus asa?
Jawapannya kerana kita lebih fokus pada satu perkara yang mudah dan boleh mencapainya dalam masa yang singkat. Sekiranya perkara tersebut memerlukan masa yang lebih lama, kita akan mudah bosan dan malas.
Bagaimana untuk mengelak perasaan malas?
Ini adalah jalan yang terbaik untuk mengelak perasaan malas dan mencapai apa jua matlamat hidup anda. Teknik ini mengambil masa kurang dari 1 minit dan keputusannya adalah sangat memberansangkan. Kaizen adalah satu teknik dari Jepun yang dicipta untuk memastikan kita sentiasa aktif, fokus dan produktif semasa bekerja.
Teknik Kaizen atau Prinsip 1 Minit telah menjadi budaya hidup mereka dan membantu menghindari rasa malas daripada mencapai matlamat hidup.
Maksud di sebalik Kaizen ini terbahagi kepada 2 perkataan, iaitu 'Kai' (ubah,berubah) dan 'Zen' (baik,bijak). Ini bererti kita tidak seharusnya berubah secara drastik, tetapi cuba berubah secara perlahan-lahan dan berterusan. Keputusannya kita akan mendapat hasil yang di inginkan.
Teknik ini telah dicipta oleh seorang ahli falsafah Jepun yang bernama Maisaki Imai. Beliau mempercayai teknik ini boleh digunakan dalam perniagaan, serta mencapai matlamat dan seterusnya merubah diri kita menjadi lebih positif.
Bagaimana teknik ini boleh berhasil?
Pelaksanaan Kaizen terletak pada Prinsip '1 Minit'. Perkara paling asas dalam teknik ini ialah melakukan sesuatu benda dengan tidak melebihi masa 1 minit, setiap hari. Baik individu tersebut berasa rajin atau malas, mereka perlu melakukan teknik Kaizen setiap hari.
Kaizen juga mampu meningkatkan kadar keyakinan diri jika diamalkan dengan betul dan berterusan. Iya bukanlah sesuatu benda yang sukar bukan? Sehinggakan manusia paling malas juga boleh melaksanakanya. Jika diamati, kita lebih malas ketika perlu menghabiskan satu perkara dengan masa yang lebih lama.
Merubah diri menjadi lebih produktif adalah perkara yang mencabar dan boleh mempengaruhi kita untuk berputus asa, tetapi melalui penggunaan teknik ini, kita akan terus mencuba. Walaupun tempoh waktu yang singkat, seterusnya dapat memacu perkembangan yang lebih positif.
Prinsip 1 Minit akan mewujudkan satu sifat yang baru dalam diri kita, secara tidak langsung keyakinan diri dan perasaan positif semakin tebal dalam diri kita.
Tanpa kita sedari, akan wujud satu tenaga yang mana akan membebaskan kita dari perasaan malas. Paling utama, ialah kita memahami matlamat hidup kita dan mula melaksanakannya mengikut prinsip Kaizen. Adakah teknik ini sesuai untuk diri anda? saya penulis CryptoPawn mengucapkan, selamat mencuba teknik Kaizen.