Hospital Sakit Jiwa Menerima Calon Kalah Pilihan Raya - Market Demon

Monday, March 25, 2019

Hospital Sakit Jiwa Menerima Calon Kalah Pilihan Raya

Image result for election in indonesia

Menjelang pilihan raya umum negara Indonesia yang bakal tiba kurang dari 90 hari lagi, sebuah hospital sakit jiwa membuat persediaan apa yang dirasakan mereka perlu. Ini bagi menghadapi kemungkinan ramai calon yang murung kerana kalah, Hospital Mental Mahoni di Medan menyediakan empat wad VIP dan enam wad kelas satu untuk sesiapa yang memerlukan perkhidmatan mereka.

Indonesia akan mengadakan pilihan raya umum pada 17 April ini dan serentak dengan pemilihan presiden. Joko Widodo akan cuba mendapatkan mandat untuk penggal kedua dan sekali lagi dicabar bekas pegawai kanan tentera era Suharto, Prabowo Subianto.

Tidak seperti sesetengah negara Asia Tenggara, Indonesia telah mengumumkan tarikh pilihan raya umum dan presiden lebih awal untuk memberi peluang adil kepada semua pihak dalam membuat persediaan.

Kali ini sebanyak 575 kerusi telah dipertandingkan bagi peringkat dewan perwakilan rakyat, 136 dewan perwakilan daerah, 2,207 dewan perwakilan rakyat wilayah dan 17,610 dewan perwakilan rakyat bandar/daerah.

selain diberikan ubat penenang, pesakit di hospital swasta itu juga akan diberikan terapi melalui aktiviti keagamaan, olahraga, serta motivasi supaya dapat bersemangat semula. Dalam wad VIP, pesakit akan dilayan sebaik mungkin, seolah-olah berada di rumah sendiri, lengkap dengan kemudahan televisyen, penyaman udara, bilik mandi, dan juga sofa bagi keluarga yang hendak datang melawat.


Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:

Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon

No comments: