Kekotoran Hotel 5 Bintang Yang Menjadi Viral - Market Demon

Friday, November 16, 2018

Kekotoran Hotel 5 Bintang Yang Menjadi Viral


Hotel-hotel mewah yang dikendalikan oleh Hilton, Marriott dan beberapa yang lain memohon maaf kerana amalan tidak bersih selepas sebuah video viral di internet yang menunjukkan kakitangan hotel menggunakan span yang sama untuk membersihkan cawan dan sinki, dan membersihkan permukaan bilik mandi menggunakan tuala tetamu.

Kenyataan permohonan maaf itu disiarkan selepas video yang berdurasi 11 minit disiarkan di sebuah laman rangkaian sosial popular China, Weibo. Berdasarkan video tersebut, rakaman dari kamera tersembunyi menunjukkan kakitangan pembersihan di hotel yang dikendalikan oleh Shangri-La Asia Ltd, Hilton Worldwide Holdings Inc. dan lain-lain. Video itu menarik perhatian sebanyak 29 juta penonton dan menerima puluhan ribu komen dan perkongsian.

Bulgari Hotel Shanghai, yang dikendalikan oleh Marriott International Inc, memohon maaf dalam kenyataan yang disiarkan pada Khamis lalu dengan mengatakan mereka akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. 


Video yang disiarkan pada 14 Nov lalu menunjukkan seorang pekerja hotel di Waldorf Astoria Hotel menggunakan span yang sama untuk membersihkan cawan dan sinki. Dia kemudiannya mengambil span yang sama dan membersihkan tandas. Di Bulgari Hotel pula, seorang pekerja menggunakan semula plastik penutup cawan yang dibuang ke dalam tong sampah. 

Kekurangan pekerja dan gaji yang rendah menjadikan pihak pengurusan hotel sukar untuk memberi tekanan kepada pekerja bagi mematuhi peraturan. Sekiranya hotel bertaraf 5 bintang sudah begitu teruk, bagaimana dengan hotel-hotel yang lain seperti 3 bintang? 




No comments: