Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Bakal Menggunakal e-scroll - Market Demon

Thursday, November 15, 2018

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Bakal Menggunakal e-scroll

Related image

Kebelakangan ini sering terdengar sindeket ijazah palsu yang telah diguna pakai untuk kepentingan sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab. Bagi mengekang masalah ini daripada terus berleluasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) akan menggunakan pendekatan baru iaitu dengan menggunakan e-scroll bagi menangani masalah ijazah palsu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata bahawa e-scroll ini akan menggunakan teknologi blockchain bagi memastikan setiap sijil yang dikeluarkan oleh pihak universiti tidak boleh dipalsukan.

Setiap e-scroll akan terdapat kod SR yang tersendiri yang digunakan untuk memastikan ketulinan sijil yang dimilik oleh bekas pelajar tersebut.

Penggunaan teknologi blockchain ini tidak terhad untuk universiti sahaja tetapi untuk sijil-sijil yang penting di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), selain IPT Swasta (IPTS) kerana kes pemalsuan sijil ini sudah semakin meningkat kebelakangan ini. Dengan menggunakan teknologi blockchain  sudah tentu dapat mengekang aktiviti ini disamping dapat menjaga kualiti pendidikan tinggi negara.

Ijazah palsu sekarang ini boleh diperolehi dengan mudah di internet, justeru sebuah sistem yang selamat dan mantap seperti e-scroll yang menggunakan teknologi blockchain ini amat diperlukan bagi mengatasi masalah ini.

 

No comments: