Definisi Ringkas : Inflasi vs Deflasi,Stagflasi dan Hyperinflasi - Market Demon

Monday, March 26, 2018

Definisi Ringkas : Inflasi vs Deflasi,Stagflasi dan Hyperinflasi



Dalam makroekonomi, mana-mana negara di dunia akan mengalami dua situasi ini iaitu inflasi dan deflasi. Secara amnya, inflasi adalah keadaan ketika harga barangan dan perkhidmatan meningkat, yang menyebabkan berkurangnya nilai wang dan kuasa membeli pengguna. Manakala, deflasi pula bertentangan dengan inflasi, di mana harga barang dan perkhidmatan akan jatuh dan pengguna boleh membeli lebih banyak barang walaupun dengan nilai wang yang kecil. Kedua-dua situasi ini melibatkan paras harga secara umum dalam ekonomi keseluruhan. Persoalannya, adakah inflasi sememangnya satu berita buruk bagi ekonomi sesebuah negara dan deflasi adalah satu indicator yang mengatakan ekonomi di paras lebih baik? 

Inflasi dan Deflasi berlaku dalam waktu yang sama dalam kelas aset yang berbeza. Kedua-dua situasi ini sekiranya berlaku pada paras yang keterlaluan akan mendatangkan keburukan pada ekonomi sesebuah negara. Secara amnya, peratusan tertentu inflasi adalah baik bagi ekonomi sesebuah negara, tetapi sekiranya melebihi angka tertentu juga akan membawa keburukan terutamanya bagi pengguna. Oleh yang demikian, Bank  sesebuah negara memainkan peranan penting dalam mengimbangkan kedua-dua perkara ini bagi memastkan kestabilan ekonomi. Dalam artikel kali ini, akan menerangkan secara ringkas perbezaan antara inflasi, deflasi, stagflasi dan hyperinflasi.



Inflasi

Inflasi dalam ekonomi merujuk kepada, kenaikan secara umum bagi harga barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa maka nilai wang dan kuasa membeli akan semakin mengecil. Ini kerana, inflasi mengakibatkan kehilangan nilai wang.

Apakah jenis inflasi yang berbeza:
Inflasi secara umum dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

(a) Demand-pull inflation : Keadaan yang melibatkan konsep demand dan supply sesuatu barangan. Ini berlaku apabila permintaan sesuatu barangan melebihi penghasilannya dan menyebabkan harga barangan meningkat.
(b) Cost-push Inflation : keadaan dimana kos penghasilan sesuatu barang meningkat yang mana memaksa pengeluar meningkatkan harga barang mereka bagi mengekalkan margin keuntungan.
(c)   Monetary Inflation : Keadaan di mana bekalan dan penghasilan wang yang berlebihan dalam sesuatu ekonomi. Ini mangakibatkan nilainya semakin jatuh.



Deflasi

Deflasi ialah keadaan yang bertentangan dengan inflasi. Deflasi merujuk kepada keadaan, di mana berlakunya penurunan harga barang dan perkhidmatan secara umum. Deflasi berlaku apabila kadar inflasi jatuh di bawah 0% (atau kadar inflasi negatif). Deflasi meningkatkan nilai sebenar wang dan membolehkan seseorang membeli lebih banyak barangan tetapi dengan jumlah wang yang sama. Antara sebab utama berlakunya deflasi kerana pengurangan dalam bekalan wang atau kredit, berkurangnya dalam perbelanjaan dan permintaan, sama ada dalam bentuk pengurangan perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan peribadi atau perbelanjaan melibatkan pelaburan, kos penghasilan sesuatu barangan berkurang akibat perkembangan teknologi yang kurang memerlukan tenaga kerja, dll. 

Kebiasaanya, Deflasi tidak berlaku dalam satu tempoh masa yang lama dan selalunya berlaku dalam fasa kitaran ekonomi recession phase, boleh jadi ianya deflasi yang baik dan buruk bergantung kepada instric dan extrinsic factor yang lain. Kesan sampingan jangka panjang bagi deflasi antaranya ialah peningkatan pengangguran dalam ekonomi, dengan berkurangnya permintaan dan kuasa membeli pengguna. Oleh itu, penting untuk kebanyakkan dari pengguna memahami asas bagaimana inflasi dan deflasi mempengaruhi suasana ekonomi.







Maksud
Apabila nilai wang berkurang dalam pasaran antarabangsa, maka situasi ini disebut sebagai inflasi
Deflasi adalah keadaan, apabila nilai wang meningkat di pasaran antarabangsa.
Kesan
Meningkatkan tahap harga umum pasaran
Penurunan di paras harga umum pasaran
Pendapatan negara
Tidak menurun
Menurun
Harga emas
Jatuh
Naik
Klasifikasi
Permintaan menaikkan inflasi, menaikkan kos inflasi, stagflasi dan deflasi.
Deflasi hutang, deflasi sampingan bekalan wang, deflasi kredit.
Baik untuk
Pengeluar
Pengguna

Konsekuensi

Pengagihan pendapatan tidak sama rata.
Meningkat dalam tahap pengangguran
Kesan keseluruhan
Sedikit inflasi adalah simbol pertumbuhan ekonomi negara. 
Deflasi tidak baik untuk ekonomi untuk jangka masa panjang


Stagflasi 

Stagflasi merujuk kepada keadaan ekonomi di mana pertumbuhan ekonomi sangat perlahan atau tidak berubah tetapi harga bagi barang dan perkhidmatan semakin meningkat. Istilah ini mula dicipta oleh ahli politik Britain, Iain Macleod, yang menggunakan frasa ini dalam ucapannya kepada parlimen pada tahun 1965. Kesan sampingan stagflasi adalah peningkatan dalam pengangguran - disertai dengan kenaikan harga, atau inflasi. Stagflasi berlaku apabila ekonomi tidak berkembang tetapi harga naik. Di peringkat antarabangsa, ini terjadi pada pertengahan tahun 1970-an, ketika harga minyak dunia meningkat secara mendadak menyebabkan inflasi yang tinggi di negara maju.





Hyperinflasi 

Hyperinflasi adalah keadaan di mana kenaikan harga terlalu tinggi. Hyperinflasi sering berlaku apabila terdapat peningkatan besar dalam bekalan wang, yang tidak disokong oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP). Situasi sedemikian mengakibatkan ketidakseimbangan bekalan dan permintaan wang secara tidak terkawal dan mengakibatkan kenaikan mendadak harga dan susut nilai mata wang tempatan secara meruncing. Antara contoh hyperinflasi yang berlaku dalam sejarah adalah seperti berikut :

  • Kerajaan Perancis –tahun 1715
  • Republik Weimer German – 1922-1923
  • Hungary 1945-1946
  • Chile 1971-1981
  • Peru 1988-1991
  • Angola 1991 – 1999
  • Yugoslavia 1992-1995
  • Belarus 1994-2002
  • Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
  • Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
  • Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.
  • Malaysia -Zaman Penjajahan Jepun 1942-1945

Dalam ekonomi, inflasi adalah “keburukan yang diperlukan”. Kalau inflasi terlalu tinggi, pengguna menderita tetapi kalau terlalu rendah peniaga pula menderita. Perkara ini berlaku di setiap negara di mana Bank Pusat memainkan peranan penting dalam mengimbangtara perkara ini dari semasa ke semasa. 


Baca juga : Kenali 5 Sistem Utama Ekonomi Dunia