Bekas Gabenor Wanita Kebanggaan Malaysia Terima Anugerah Berprestij - Market Demon

Tuesday, June 5, 2018

Bekas Gabenor Wanita Kebanggaan Malaysia Terima Anugerah Berprestij

Image result for zeti aziz

Sempena Sidang Kemuncak Masa Depan Kewangan 2018 anjuran The Asian Banker, Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, telah di anugerahkan Anugerah William "Bill" Seidman bagi Pencapaian Sepanjang Hayat Kepimpinan dalam Industri Perkhidmatan Kewangan 2018.

The Asian Banker yang berpangkalan di Singapura banyak menjalankan aktiviti melibatkan penerbitan, forum dan perkhidmatan penyelidikan, merupakan penyedia paling berwibawa, berkredibiliti di rantau Asia dalam strategi perniagaan dan perkhidmatan kewangan.

Tujuan anugerah ini di di berikan adalah bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangan sepanjang hayat TS Zeti dalam membentuk dan membawa perubahan kepada BNM menjadi satu bank kuasa pusat yang yang bebas dan di hormati negara serantau menurut kenyataan yang di keluarkan The Banker Khamis lepas di Aman Summer Palace di Beijing, China

"Beliau merupakan antara pengawal selia bank yang paling dihormati dari Asia dan beliau ialah wanita pertama berkhidmat sebagai gabenor bank pusat di Malaysia selain individu kedua paling lama berkhidmat, iaitu selama 16 tahun sejak 2000 sehingga persaraannya pada 2016," The Asian Banker.

Setinggi Tahniah kami di Market Demon ucapkan kepada Tan Sri Zet Akhtar Aziz atas penganugerah buat kesekian kalinya dalam menaikkan nama Malaysia di rantau Asia dan dunia. Semoga sedikit perkongsian ini menjadi aspirasi dan inspirasi buat semua warga pembaca untuk lebih berdaya saing dan mempertingkatkan pencapaian anda baik dalam apa bidang anda berada.