Ekonomi Thailand Terjejas Kerana Perang Dagang - Market Demon

Wednesday, November 21, 2018

Ekonomi Thailand Terjejas Kerana Perang Dagang




Thailand bukan sahaja negara yang terkesan dengan perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China. Data pertumbuhan ekonomi semasa bagi negara di Asia seperti Malaysia, Filipina, Korea Selatan dan China turut dicatatkan rendah. Walaupun Thailand terlibat dengan pelbagai jenis industri, tetapi industri pengeksportan dan pelancongan merupakan penyumbang terbesar bagi pertumbuhan ekonomi negara Thailand.

Mulakan dagangan anda dengan 30 USD percuma 
Industri eksport merupakan penyumbang terbesar sebanyak 60 peratus daripada perkembangan ekonomi negara telah dicatatkan berkurang sebanyak 5.2 peratus pada bulan September. Oleh itu, kita boleh melihat bahawa perang dagangan telah memberi pelbagai kesan secara tidak langsung ke atas industri eksport negara lain.

Penurunan jumlah pelancong daripada China juga menyebabkan pendapatan negara mereka turut berkurang sebanyak 20 peratus daripada pendapatan ekonomi. Ia disebabkan oleh kemalangan bot yang melibatkan kematian 50 orang pelancong daripada China pada bulan Julai lalu. Thailand masih mempunyai daya saing di antara negara Asia kerana kadar pengangguran yang rendah yang dicatatkan pada 1 peratus dan inflasi sebanyak 1.5 peratus. 

No comments: