Ringkasan Berita Pasaran Kewangan, 7 Februari 2019 - Market Demon

Thursday, February 7, 2019

Ringkasan Berita Pasaran Kewangan, 7 Februari 2019


Dolar Australia kekal menghampiri 2 minggu terendah pada hari ini selepas bank pusat Australia (RBA) membuka pintu kepada kemungkinan kadar faedah akan dipotong berikutan risiko ekonomi yang semakin meningkat. Dolar New Zealand juga mengalami peratusan penurunan paling lemah sejak 9 Ogos 2018 dalam sesi awal perdagangan selepas data pengangguran yang dikeluarkan lebih lemah daripada jangkaan.

Indeks dolar pula meningkat selama 3 sesi berturut-turut. Selain itu, Euro telah kehilangan nilai kira-kira 1.3% pada minggu lalu apabila pelabur menaruh harapan bahawa European Central Bank (ECB) akan mengekalkan dasar monetari yang akomodatif berikutan pertumbuhan yang lebih rendah daripada jangkaan dan inflasi yang rendah.

Pound Sterling turut mengalami kejatuhan sebanyak 1.3% pada bulan Februari disebabkan oleh masalah Brexit. United Kingdom kini dalam proses meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian melainkan jika Perdana Menteri Britain, Theresa May, dapat memberi keyakinan untuk membuka semula rundingan perjanjian. Bank of England (BOE) dijadualkan bermesyuarat pada hari ini dan dijangka akan mengekalkan kadar faedah sedia ada sehingga syarat untuk meninggalkan EU menjadi jelas.

Ikuti channel telegram Market Demon untuk lebih info

No comments: