Pope Francis Tiba di Emiriah Arab Bersatu, Mengutuk Perang Di Yaman - Market Demon

Thursday, February 7, 2019

Pope Francis Tiba di Emiriah Arab Bersatu, Mengutuk Perang Di Yaman

Image result for yemen conflict

Pope Francis menjadi pontif pertama yang menjejakkan kaki ke Semenanjung Tanah Arab selepas membuat kenyataan mengutuk perang di Yaman, di mana tuan rumah bagi lawatan Pope Francis ini adalah Emiriah Arab Bersatu. Tidak lama sebelum berlepas ke Abu Dhabi, Pope Francis berkata beliau mengikuti krisis kemanusiaan yang berlaku di Yaman dan menggesa semua pihak untuk melaksanakan perjanjian damai disana serta membantu memberikan bantuan asas kepada mangasa-mangsa yang terlibat disana.

UAE menerima baik mesej Pope Francis mengenai peperangan yang berlaku di Yaman dan percaya perjanjian damai yang dirujuknya bakal menjadi satu kejayaan bersejarah kata Menteri Luar Negeri, Anwar Gargash, menerusi laman sosial Twitter miliknya. Pihak-pihak yang terlibat dalam peperangan di Yaman telah bersetuju memeterai gencatan senjata pada bulan Disember selepas hampir empat tahun peperangan berlaku disana.

Peperangan di Yaman telah mengorbankan beribu-ribu orang telah terbunuh dalam konflik itu, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata berjuta-juta orang berada pada situasi yang teruk dan kelaparan. Survival mereka bergantung penuh pada gencatan senjata ini bagi mengelakkan bantuan daripada terputus daripada pelabuhan utama negara tersebut.

Pope Francis telah disambut oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan, yang bawa Pope Francis bertemu dengan Sheikh Ahmed al-Tayeb, Imam Agung Masjid Al-Azhar dan universiti Mesir, salah satu tempat utama pembelajaran aliran Islam Sunni. Emiriah Arab Bersatu memainkan peranan yang penting dalam gabungan-gabungan Pimpinan Arab dalam memerangi Houthis di Yaman. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kini sedang berusaha untuk melaksanakan kesepakatan gencatan senjata di pelabuhan utama Hodeidah Yaman, yang telah dipersetujui sebagai langkah yang dapat membuka jalan baru dalam rundingan untuk menamatkan konflik di Yaman.

"Peace cannot be kept by force; it can only be achieved by understanding."


No comments: