Bank Negara Malaysia, KeTTHA dan TNB Nafi Mempunyai Kerjasama Dengan Coinzer - Market Demon

Sunday, April 8, 2018

Bank Negara Malaysia, KeTTHA dan TNB Nafi Mempunyai Kerjasama Dengan Coinzer


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia berkata ia tidak membenarkan atau menyokong platform cryptocurrency yang dipanggil Coinzer.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata penggunaan logo Bank Negara dan Jata Negara mengenai reka bentuk duit syiling fizikal yang dicadangkan, kertas putih dan laman sesawang Coinzer adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dan menilai dengan lebih teliti sebelum mengambil sebarang risiko yang berkaitan dengan pelaburan dalam matawang digital. BNM juga turut menyatakan bahawa matawang digital masih tidak sah di Malaysia. Sehubungan itu, matawang digital masih tidak dilindungi oleh piawaian atau peraturan pengendalian dari BNM.

Di samping itu juga, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Coinzer. Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua agensi ini berkata penggunaan nama KeTTHA dan TNB di whitepaper pada laman sesawang Coinzer adalah tidak benar kerana sebagai kementerian dan perbadanan utiliti elektrik negara tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan perkara ini.

KeTTHA dan TNB juga menasihatkan bahawa nama dan logo mereka tidak boleh digunakan tanpa kebenaran oleh mana-mana pihak ketiga (third parties).