Pendekatan Yang Sesuai Untuk Traders Baru - Market Demon

Thursday, November 15, 2018

Pendekatan Yang Sesuai Untuk Traders Baru


Apakah pendekatan yang sesuai untuk traders baru dan Part Time Traders (PTT)? Sama ada :

  • Scalping
  • Day trading
  • Swing trading
  • Position trading

Setiap pendekatan mempunyai merit, tidak ada yang salah dan ramai yang berpendapat bahawa anda seharusnya menggunakan pendekatan yang sesuai dengan diri anda. Walau bagaimanapun, pendapat seperti itu tidak mempunyai merit kerana ia mengabaikan satu aspek asas iaitu keadaan pasaran pada satu tempoh masa.

Day trading boleh digambarkan sebagai satu bentuk perdagangan harian yang melibatkan pembelian dan penjualan sekuriti kewangan seperti :

  • Equity
  • Option
  • Future
  • Derivative
  • Currencies (Forex)

Prinsip utama day trading adalah semua position dagangan tidak akan dibuka melebihi tempoh satu hari.

Apa Objektif Day Traders?
Onjektif utama day traders adalah membuat keuntungan dari pasaran setiap hari melalui pergerakan harga dalam pasaran yang sangat cair. Secara teorinya, semakin volatile pasaran semakin bagus untuk day traders, tanpa mengambil kira arah jangka panjang pasaran. Sebagak traders, seseorang itu tidak boleh terlalu bias pada satu arah kerana anda perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan semasa pada bila-bila masa.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kecairan dalam pasaran telah meningkat menerusi pasangan mata wang utama seperti :

  1. EUR/USD
  2. USD/JPY
  3. GBPUSD


Oleh itu, day traders perlu mencari cara untuk membina strategi day trading berdasarkan pasangan mata wang ini.


No comments: