Kisah Railway Mania yang Tidak diketahui ramai - Market Demon

Sunday, May 20, 2018

Kisah Railway Mania yang Tidak diketahui ramai

Ramai sudah ketahui tentang  kisah Tulip Mania. Tapi, masih ramai belum ketahui tentang kisah Railway Mania? Ikuti artikel di bawah selanjutnya.

Revolusi Perindustrian UK berjalan dengan baik pada tahun 1840an dengan menatijahkan aktiviti industri yang rancak. Pertambahan aktiviti ekonomi bermaksud peningkatan pemintaan terhadap sistem pengangkutan yang efisen bagi mengangkut sejumlah arang batu, bijih besi dan bahan mentah serta produk siap. Kesannya, UK mengalami permintaan yang melambung bagi penggunaan kenderaan berkuda dan pengangkutan laut di Terusan Bridgewater semasa tahun revolusi Perindustrian ini.

Ketika itu, teknologi jalan kereta api terawal tidak jauh bezanya pada masa ini ataupun satu abad lalu. Ia terdiri daripada gerabak asas yang dipacu di atas landasan kayu bagi membawa arang dan bahan mentah bagi perjalanan sebelum diedar melalui pengangkutan lain. Landasan besi pertama mula diperkenal pada 1767 di Coalbroodkdale manakala jalan kereta api memanfaatkan kuda pada 1801. Pada waktu itu, jalan besi dilihat hebat berbanding jalan darat atau jalan laut kerana kelebihan fungsi di musim sejuk. Lokomotif stim dicipta pada 1804 oleh jurututera Richard Trevithick bagi kegunaan mengangkut arang. Sehingga 1810, kesan jalan kereta api berkembang sejauh 300 batu.


Image result for Railway bubble

Rekabentuk lomotif stim ditambahbaik pada 1814 oleh tim ayah dan anak; George dan Robert Stephenson. Pada 1825 pula, mereka berjaya membina jalan keretapi berasas stim bagi saudagar Edward Pease dengan jarak 25 batu bagi laluan Stockton-Darlington. Walaupun kuda juga menggunakan landasan ini, lokomotif berasas stim terbukti lebih efisen. Laluan Stockton-Darlington tersebut menjadi sejarah kereta api moden pertama yang mempunyai kemudahan gerabak yang ditarik oleh enjin lokomotif.

Pada 1830an, Britain diiktiraf sebagai negara pertama mempunyai jaringan kereta api terbuka antara bandar melalui Liverpool dan Manchester Railway (L&MR). Ribuan orang berkumpul bagi pelancaran pembukaan L&MR termasuklah Duke of Wellington. Walau pun majlis itu dibayangi kematian trajis ahli Parlimen William Huskison akibat dilanggar lokomotif L&MR, ia tetap tidak menghalang teknologi jalan kereta api yang tetap terbukti sangat berjaya dalam membawa penumpang dan kargo.

Related image

Bayangkan suasana ekonomi damai dan sihat ini bertukar menjadi buih ekonomi yang memeritkan, tetapi tetap memberi manfaat kepada negara UK di sesuatu aspek Apakah aspek itu?. Ikutan sambungan episod penulisan seterusnya di sini.


Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
emel: shafiq.cryptocall@gmail.com