Kepentingan Psikologi dan Disiplin Dalam Perdagangan - Market Demon

Saturday, May 19, 2018

Kepentingan Psikologi dan Disiplin Dalam Perdagangan


Psikologi Perdagangan

Aspek psikologi memainkan peranan yang sangat penting bagi seorang pedagang. Pedagang sering keluar dan masuk dalam stok pada masa yang singkat, dan membuat sesuatu keptusan secara terburu-buru tanpa melihat situasi yang lebih menyeluruh. Untuk mencapai tahap psikologi yang neutral tanpa ada sifat bias, Pedagang perlu membetulkan mindset dan tujuan utama semasa berdagang. Pedagang juga perlu mempunyai disiplin yang tinggi, jadi pedagang perlu berpegang kepada pelan perdagangan yang dirancang sebelum ini dan tahu bila hendak masuk dan keluar dalam perdagagangan. Emosi juga turut memainkan peranan disini.

Memahami Istilah Fear

Apabila seorang pedagang ini menerima berita buruk mengenai stok tertentu atau pasaran umum yag dibelinya, kebanyakan pedagang mula resah dan takut apabila harga mula menurun. Pedagang ini mula takut secara berlebihan dan mula menjual bahagian saham mereka tetapi pada hakikatnya harga tersebut hanyalah sementara. Ini kerana pedagang tidak selesa dalam kerugian yang mereka menggap harga tersebut akan terus jatuh (bear bias) dan tidak berani dalam mengambil resiko.. Jika mereka berbuat demikian, mereka boleh mengelakkan kerugian dan juga boleh mengakibatkan kerugian.

Pedagang perlu memahami apa yang menjadi ketakutan kepada mereka dalam perdagangan. Pedagang perlu bertindak balas dalam perubahan yang berlaku. Pedagang tidak dibenarkan sesekali meramalkan apa yang akan berlaku kerana harga pasaran adalah tidak menentu(react don't predict).  Dalam hal ini, pedagang yang ingin menjual saham mereka perlu  memikirkan apa yang mereka takut, dan mengapa mereka perlu takut mengenainya.

Tamak Adalah Musuh Utama Pedagang

Ada satu pepatah lama di Wall Street menyatakan bahawa "Pigs get slaughtered" Pepatah ini merujuk kepada pelabur yang bersifat tamak yang tidak keluar dari kedudukan dalam pasaran terlalu lama, Pedagang ini cuba untuk mengambil keuntungan tanpa mehiraukan cut profit dalam pasaran. Ketamakan seperti ini boleh menghancurkan pulangan, kerana seorang peniaga perlu menghadapi pelbagai risiko yang tidak diduga dalam berdagang.

Ketamakan agak sukar untuk diatasi oleh pedagang terutama yang baru menceburi dalam bidang ini. Ia kerap didasarkan pada naluri untuk cuba melakukan lebih baik ataupun cuba untuk mendapatkan lebih keuntungan lagi. Sikap ini membuatkan anda terbawa-bawa dengan emosi dan tidak membuatkan anda menjadi seorang pedagang yang baik. Seorang pedagang yang baik harus belajar mengiktiraf naluri ini dan perlu ada pelan perdagangan yang sistematik yang tidak hanya berdasarkan keputusan secara emosi atau naluri yang boleh membuatkan capital anda tededah kepada kerugian.


Kepentingan Peraturan Perdagangan dan Rancangan


Untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dan mengawal emosi serta psikologi secara betul, pelabur perlu membuat peraturan perdagangan mereka sendiri yang sesuai dengan individu tersebut. Mereka harus meletakkan garis panduan berdasarkan toleransi risiko-ganjaran mereka apabila mereka masuk atau keluar dalam perdagangan -  ini sama ada melalui sasaran keuntungan(profit target) atau menghentikan kerugian(stop loss).  

Pedagang juga perlu bijak dalam mempertimbangkan dan menetapkan had ke atas jumlah yang mereka ingin menang atau kalah dalam satu hari itu. Sekiranya sasaran untung dapat dicapai, maka pedagang boleh mengambil keuntungan tersebut.  Jika dalam situasi kerugian, pedagang dinasihatkan supaya keluar dengan segera dari pasaran dagangan tersebut bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar. 

Pedagang harus belajar sebanyak mungkin dalam bidang perdagangan ini. Pedagang perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu serta boleh mengawal emosi mereka sekaligus dapat mendidik diri mereka supaya lebih berdisiplin. Pedagang juga boleh merancang dan menumpukan sebanyak mungkin masa kepada proses penyelidikan. Itu bermakna mengkaji technical analysis dan fundamental analysis adalah perlu bagi pedagang tahu apa yang perlu dibuat apabila hendak masuk berdagang didalam sesuatu pasaran. Pengetahuan antara elemen yang sangat penting yang dapat membantu pedagang mengatasi dari sifat takut dan tamak dan amat sesuai untuk dijadikan alat yang berguna membantu semasa berdagang.

Di samping itu, penting bagi pedagang untuk tetap fleksibel dan mempertimbangkan untuk bereksperimen dengan perkara-perkara baru dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, pedagang mungkin boleh mempertimbangkan untuk menggunakan option untuk mengurangkan risiko, atau menetapkan kerugian di tempat yang berbeza. Salah satu cara terbaik yang boleh dilakukan peniaga ialah dengan melakukan eksperimen kerana pengalaman ini juga boleh mengurangkan pengaruh emosi.