Kata-kata Gordon Gekko Yang Mampu Mengubah Cara Anda Berfikir - Market Demon

Thursday, March 15, 2018

Kata-kata Gordon Gekko Yang Mampu Mengubah Cara Anda Berfikir


Dalam artikel yang lepas kami telah berkongsi 10 filem terbaik yang perlu ditonton setiap trader. Dalam senarai 10 filem tersebut, terdapat satu watak ikonik, iaitu Gordon Gekko, seorang broker saham yang bercita-cita tinggi dan kejam yang akan melakukan apa sahaja untuk mencapai objektifnya.

Walaupun Gekko mungkin tidak kelihatan sebagai orang yang paling baik, nasihat kewangannya dapat mengajar anda bagaimana menjadi kaya. Di bawah, kami telah memilih 10 kata-kata Gordon Gekko yang mungkin sedikit sebanyak akan mengubah cara anda berfikir mengenai pelaburan.

10. "I don’t throw darts at a board. I bet on sure things. Read Sun-tzu, The Art of War. Every battle is won before it is ever fought."

Berdasarkan ungkapan di atas, Gekko dengan jelas meletakkan falsafahnya bahawa melakukan kajian terlebih dahulu sangat penting sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Pasaran bukan permainan yang bergantung kepada nasib, anda boleh meningkatkan peluang anda membuat pelaburan yang baik hanya dengan melakukan research dan homework. Ia adalah wang anda, jadi jangan berjudi nasib, laburkannya.

9. "If you need a friend, get a dog."

Walaupun berjaya, Gekko jauh dari keluarganya dan tidak mempunyai rangkaian sokongan. Dia tahu bahawa orang lain tidak akan selalu bersetuju dengan idea-ideanya dan dia memutuskan bahawa dia tidak memerlukan sahabat.

Dalam kehidupan sebenar, anda akan berdepan dengan ramai orang yang tidak sehala dan akan meremehkan idea anda. Jangan dengar kata-kata mereka dan jangan hirau pandangan mereka. Kenali diri anda dan apa matlamat anda. Jangan biarkan orang lain membantutkan cita-cita anda.

8. “The mother of all evil is speculation”

Sekali lagi, Gekko mengulangi bahawa berspekulasi dalam pasaran bukan perkara yang bijak untuk dilakukan. Spekulasi seperti perjudian dan ia tidak akan berfungsi. Lakukan analisis sehingga anda faham dengan teliti dan anda sedar anda berada dalam kedudukan untuk membuat pilihan pelaburan yang hebat.

7. “I look at a hundred deals a day. I pick one."

Wang anda hanya perlu dibelanjakan untuk tawaran terbaik sahaja. Wang anda adalah 'komoditi' yang berharga. Jangan bazirkan dalam semua jenis pelaburan. Dalam komuniti cryptocurrency tempatan, anda boleh lihat kegilaan kebanyakan orang. Kalau boleh mereka mahu melabur dalam setiap coin yang mereka lihat. Begitu juga dengan Initial Coin Offering (ICOs), pantang mendapat tahu ada ICOs baru. Terus melabur.

Anda tidak perlu memilih terlalu banyak pelaburan. Pilih yang terbaik sahaja. Matlamat analisis adalah untuk melihat adakah sesuatu pelaburan itu bagus atau tidak bagus. 9 dari 10 kali ia akan menjadi pilihan yang teruk. Pastikan anda melabur wang anda dalam pelaburan yang terbaik yang anda temui.


6. “The point is ladies and gentlemen that greed, for lack of a better word, is good.”

Walaupun ketamakan pada umumnya dianggap buruk, ia boleh menjadi perkara yang baik dalam dos yang kecil. Tamak memotivasikan anda untuk terus berusaha keras untuk berjaya dan menjejaki pelaburan yang terbaik dalam pasaran. Jika anda benar-benar mahukannya, anda akan dapat mencapainya.

5. “You’re walking around blind without a cane, pal. A fool and his money are lucky enough to get together in the first place.”

Sebaik sahaja anda mempunyai wang,  jangan sombong dan jangan buang tabiat yang membantu anda mengumpul kekayaan anda selama ini. Jangan takut sama sekali dan teruskan dengan wang anda, terus melabur dengan bijak. Dengan memiliki wang yang banyak, lebih banyak peluang pelaburan yang menanti anda.

4. “The most valuable commodity I know of is information.”

Dalam penulisan-penulisan sebelum ini terutamanya melalui channel kami, berkali-kali saya menegaskan bahawa maklumat adalah aset yang paling berharga. Sudah tentu anda selalu dengar ungkapan berikut,

Knowledge is power.

Dalam pasaran, maklumat begitu penting. Maklumat membolehkan anda mengambil keputusan pelaburan dengan baik dan bukannya bersandarkan spekulasi semata-mata atau menurut signal provider (buy call). Walau bagaimanapun, jangan pula mendapatkan maklumat seperti yang dilakukan Gordon Gekko melalui cara yang tidak sah.

3. "Lunch is for wimps (weak person).”

Apa yang cuba Gekko sampaikan? Anda perlu bersedia untuk bekerja keras untuk wang. Semua orang mahukan wang tetapi hanya sebilangan kecil sahaja sanggup mengorbankan perkara lain seperti makan tengah hari.

Ini tidak bermakna anda perlu korbankan perkara-perkara penting yang lain dalam hidup anda. Ia hanya menyampaikan maksud bahawa apabila anda sedang berusaha menjana pendapatan, anda perlu lakukan pengorbanan. Anda boleh memilih untuk korbankan hiburan dan usia muda. Dengan lebihan masa yang anda ada (yang sepatutnya digunakan untuk berhibur, dating dan sebagainya) ia akan membantu anda menjana lebihan wang!

2. “Don’t run when you lose, don’t whine when it hurts. It’s like first grade. No one likes a cry baby.”

Walaupun dengan semua nasihat ini, anda pasti akan kerugian sekurang-kurangnya dalam beberapa pelaburan. Apabila situasi itu berlaku, jangan malu untuk mengakui kesilapan dan kelemahan anda. Sebaliknya jadikan apa yang berlaku itu sebagai pengalaman dan proses untuk anda belajar menjadi pemain pasaran yang lebih baik, turning point anda. Jika anda tidak mengeluh dan berputus asa, anda akan dapati bahawa selepas proses itu anda akan menjadi individu yang lebih baik dan lebih peka dengan kesilapan masa lalu.


1. “Money never sleeps.”

Ini mungkin petikan kata-kata Gordon Gekko yang paling terkenal. Malah, filem kedua dinamakan berdasarkan petikan ini. Keupayaan anda untuk menghasilkan wang tidak hanya berhenti seketika. Anda mempunyai keupayaan itu pada bila-bila masa setiap hari walaupun pada pukul 3 pagi.  Saya tidak mengatakan bahawa anda tidak boleh tidur tetapi peluang untuk membuat wang sentiasa ada untuk mereka yang mencarinya.

Jangan lupa ikuti channel Market Demon dan Facebook Market Demon. Kami perlukan sokongan anda untuk terus berkongsi artikel-artikel menarik dalam Bahasa Malaysia tentang financial market.