Mutakhir ini, bayaran secara tunai berkepuk-kepuk dilihat suatu yang konvensional dan 'noobs', sekarang, melalui pengenalan e-wallet, pembayaran tanpa tunai sudah semakin diarusperdanakan. Perkongsian Market Demon pada kali ini adalah untuk melihat teknologi aplikasi ini yang seakan menjadi 'kenderaan' perubahan trend pengguna urban akhir-akhir ini.
Tidak dapat dinafikan, ini adalah dampak tidak langsung blockchain yang wujud terhadap dunia kewangan pada hari ini selepas kebanyakan fi caj transaksi antara bank dan luar negara dimansuhkan bagi menyaingi teknologi dan tawaran blockchain.
Persaingan antara AliPay, Boost, Maybank QR Pay, VCash, FavePay.
1. Maybank QR Pay
Pendaftaran guna Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftarkan di maybank2u. Kelebihannya adalah anda tidak perlu pindah wang kepada e-wallet kerana ia telah disambungkan kepada akaun bank anda, seolah olah kad debit tanpa kad (Sudah pasti Visa dan Mastercard tergugat).
Bayaran (pembeli) adalah melalui QR Kod menggunakan aplikasi Maybank app sahaja.
Sekiranya anda seorang peniaga, anda juga boleh mendaftarkan QR Pay untuk menerima wang daripada pelanggan anda. Buat masa ini limit adalah RM1,000 dan RM250 (bayaran tanpa pin kod)
Kekurangan: Jika tiada akaun maybank
2. vcash
Bekerjasama dengan Telco digi, vcash memberikan perkhidmatan bayaran transaksi, pindah wang kepada rakan, dan bayaran bil-bil seperti TNB serta reload top-up . Fitur upgrade memerlukan Kad MyKad anda dmuatnaik ke dalam aplikasi.
Semakan mendapati fungsi shopping, kesihatan dan F&B belum aktif sepenuhnya. Walau bagaimanapun, senarai kedai restauran dan makan telah banyak disenaraikan. Anda hanya perlu mencari logo vcash.
Pendaftaran menggunakan nombor telefon mudah alih serta. Juga terdapat keperluan wang perlu dimasukkan ke dalam e-wallet terlebih dahulu daripada perkhidmatan bank atas talian, credit/debit card. Bayaran seperti biasa menggunakan QR kod dan Kamera peranti pintar anda perlu diaktifkan.
Invite Code:#392C7C
Lain-lain: Boost, Fave dan Alipay
*AliPay dikatakan telah mula melancarkan blockchain based platform bagi transaksi Hong Kong dan Filipina.
Mungkinkah ia akan berkembang atau hanya akan menjadi projek gajah putih kerana pengguna tidak mahu keluar dari zon selesa? Adakah kupon, poin dan tawaran diskaun akan menjadi pengubah permainan dan cara hidup sekarang ini? Kita tunggu dan lihat perubahan duit dari tangan ke tangan ini sama ada mampu menyaingi blockchain yang lebih mesra pengguna di peringkat antarabangsa. Buat masa ini tiada caj buat pengguna yang dikenakan kecuali jika anda seorang penjual.
Pastikan jua bekalan bateri dan internet peranti anda adalah aktif serta wang.
Pastikan jua bekalan bateri dan internet peranti anda adalah aktif serta wang.
Apa bezanya dengan wallet cryptocurrency selain tiada central bank? Baca di sini selanjutnya: Bagaimana wallet blockchain berfungsi?
Shafiq Neurotrader
No comments:
Post a Comment