Artikel ini adalah kesinambungan dari artikel sebelum ini. Diharap dengan perkongsian ini, pembaca memperoleh manfaat dalam memahami bagaimana blockchain digunakan untuk menyimpan data. Dengan begitu banyak maklumat peribadi dan maklumat sensitif yang disimpan dan dihantar dalam talian, keselamatan dan privasi yang ketat kini menjadi keperluan untuk semua orang. Kita sering mendengar berita mengenai masalah penggodaman. Di sini, kita akan melihat bagaimana teknologi blockchain boleh memperbaiki kelemahan yang ada dalam sistem semasa.
Keselamatan Data
Data dengan cepat menjadi salah satu sumber yang paling bernilai di dunia. Senarai 10 syarikat teratas berdasarkan saiz modal pasaran kini dikuasai oleh syarikat-syarikat data-sentris seperti Facebook, Alphabet, Microsoft, Apple dan Amazon. Ini bermaksud, data anda kini menjadi sasaran utama untuk jenayah siber dan anda mungkin tidak dilindungi seperti yang anda fikirkan.
Malah syarikat-syarikat gergasi seperti Anthem, Target Corp dan Home Depot telah menjadi sasaran kecurian data. Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, penggodam berjaya mendapat akses kepada maklumat peribadi hampir 80 juta orang client Anthem. Jelas sekali, penyelesaian semasa tidak cukup baik untuk memastikan keselamatan data anda terjamin.
Perkhidmatan cloud storage juga tidak mempunyai penyelesaian kepada masalah ini. Sebagai sistem yang berpusat (centralized), cloud storage masih berpotensi untuk menjadi sasaran penggodam. Selain itu, anda juga perlu mempercayai pihak ke-3 untuk penyimpanan data sensitif anda. Maka, penyelesaian baru sangat diperlukan.
Blockchain Sebagai Alternatif
Teknologi blockchain telah menjadi salah satu penemuan utama abad ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan blockchain akan merevolusikan dunia. Bitcoin, aplikasi blockchain pertama, membenarkan pengguna rangkaian melakukan transaksi tanpa memerlukan pihak ke-3. Segala-galanya sulit dan tiada siapa boleh merosakkan blockchain tanpa diketahui oleh pengguna lain.
Pada hari ini, ekosistem cryptocurrency cukup maju. Malah terdapat banyak cryptocurrency lain yang hadir dengan teknologi yang lebih hebat dari Bitcoin. Terdapat beberapa cara bagaimana blockchain dapat digunakan sebagai distributed storage.
1. Memecahkan data kepada beberapa bahagian.
2. Encrypt data supaya pengguna menjadi satu-satunya yang mempunyai akses kepadanya.
3. Distribute fail merentasi rangkaian. Bermaksud semua fail anda adalah available walaupun sebahagian daripada network down.
Pada asasnya, anda tidak menyerahkan fail anda kepada syarikat seperti Amazon atau Microsoft, tetapi anda distribute ke seluruh rangkaian. Tiada siapa boleh membaca atau mengganggu data sensitif orang lain. Dengan kata lain, hanya anda yang mempunyai kawalan terhadap data anda. Teknologi ini juga berguna untuk perkhidmatan awam dalam penyimpanan rekod awam.
Smart contract juga boleh digunakan dengan blockchain. Ini memastikan transaksi tertentu berlaku apabila syarat-syarat tertentu dipenuhi. Bermakna, rekod boleh diprogram untuk diubah atau dikemaskini secara automatik. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan teknologi ini. Rangkaian peer-to-peer menjadikan kelajuan download lebih pantas. Data anda diedarkan ke seluruh rangkaian, jadi ia akan sentiasa tersedia apabila anda memerlukannya. Anda tidak perlu bimbang tentang pihak lain yang cuba akses kepada mana-mana data anda.
Buat masa sekarang, tidak banyak produk berasaskan blockchain storage yang ada kerana terdapat beberapa halangan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Sekiranya rangkaian blockchain tidak besar atau tidak distributed dengan baik, ia akan terdedah kepada serangan siber.
Teknologi blockchain masih diperingkat awal. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa organisasi yang membangunkan beberapa idea hebat. Storj.io dan Sia.tech adalah dua produk berasaskan blockchain storage yang ada pada saat ini. Pasaran penyimpanan data sekarang dikuasai oleh third-party providers, dan sekarang ia menjadi salah satu sasaran utama pemaju blockchain.
Tidak lama lagi, semua orang boleh mendapat akses kepada cara yang lebih murah dan selamat untuk menangani data yang paling sensitif tanpa mana-mana pihak ketiga. Baca juga artikel ini untuk memahami asas-asas ekosistem blockchain.