Syarikat logistic gergasi, DHL mengumumkan yang mereka telah bekerjasama dengan Accenture dalam membangunkan sebuah prototaip supply chain berasaskan blockchain. Dalam satu sidang akhbar, mereka membentangkan laporan terkini mengenai blockchain dalam usaha untuk memperkenalkan technologi itu kepada pasaran farmaseutikal di peringkat global. DHL dan Accenture membina prototaip bersiri berasaskan blockchain merentasi enam pihak untuk menjejak keseluruhan rantaian bekalan (supply chain). Menurut mereka,
Tracking Ledgar untuk ubat-ubatan ini akan dikongsikan dalam kalangan stakeholder, termasuk pengeluar, gudang, pengedar, farmasi, hospital dan doktor. Simulasi-makmal menunjukkan bagaimana blockchain mampu mengendalikan lebih dari tujuh billion nombor siri dan 1500 transaksi per saat.
Pada September 2017, Accenture telah memfailkan paten yang dipanggil "Editable Blockchain" yang membolehkan perusahaan (Enterprise) untuk mengurangkan kesilapan manusia (human error), memenuhi keperluan Legal & Regulation, dan masalah lain disamping mengekalkan ciri-ciri cryptographic.
Walaupun konsep perubahan data Blockchain secara manual kedengaran agak berlainan dari konsep asalnya, DHL kelihatannya mampu untuk menyelasaikan isu-isu yang sering dialami oleh industri farmasi seperti pengubahan ubat secara haram (tampering).
Kami melihat potensi menarik untuk teknologi blockchain diterapkan dalam bidang farmasi. Berikutan itu, kami menumpukan kepada proof-of-concept dengan usaha sama Accenture dalam indutri ini.
(sumber asal: Cointelegraph)