Jesse Livermore |
Jika anda sudah lama berkecimpung di dalam bidang ini, sudah pasti anda pernah membaca atau sekurang-kurangnya mendengar tentang sebuah buku yang berjudul “Reminiscences of a Stock Operator.' Reminiscences of a Stock Operator berkisar tentang kehidupan Livermore dan buku ini telah diangkat menjadi salah satu rujukan utama dalam stock market dan tidak keterlaluan jika dikatakan buku ini antara rujukan terbaik sepanjang zaman untuk pemain pasaran.
Reminiscences of a Stock Operator |
Siapa Jesse Livermore
Jesse Lauriston Livermore dilahirkan pada tarikh 26 Julai 1877. Menjadi anak kepada sepasang suami isteri yang tinggal dalam suasana kampung. Bapanya seorang peladang manakala ibunya hanya surirumah.
Zaman Kanak-kanak
Livermore mula belajar membaca dan menulis seawal usia 3 tahun setengah. Pada usia 5 tahun menurut ibunya, Livermore sudah mula membaca surat khabar berkenaan kewangan dan ekonomi. Semasa memasuki alam persekolahan, Livermore mengejutkan orang sekelilingnya apabila mampu menguasai teknik-teknik asas membaca dan menulis dengan mudah, membuatkan rakan-rakan sebayanya ketinggalan jauh di belakang.
Selain itu, sewaktu dibangku persekolahan, Livermore begitu cemerlang dalam penguasaan nombor. Ini menunjukkan beliau adalah seorang yang lebih cenderung dalam mental arithmetic. Livermore juga didakwa mampu menguasai mental arithmetic hanya dalam masa setahun berbanding kanak-kanak biasa yang memerlukan masa 3 tahun.
Gambar hiasan |
Dalam diam ibunya menyokong kehendak Livermore dengan membantu anaknya itu melarikan diri dari rumah. Livermore mendapat wang saku dari ibunya dan apa yang berlaku dirahsiakan dari pengatahuan bapanya. Ibunya membekalkan wang sebanyak 5 USD (nilainya lebih dari 100 USD pada hari ini), dengan harapan ia mampu menampung perbelanjaan Livermore sementara mendapat pekerjaan di bandar nanti.
Kehidupan Di Bandar
Di sinilah kisah penuh ‘epic’ bermula, Livermore mendapat kerja pertamanya sebagai Chalk Boy (penulis nombor menggunakan kapur dipapan hitam) di Paine Webber, sebuah brokerage firm. Beliau merasakan pekerjaan ini begitu sesuai dengan dirinya yang sangat meminati nombor. Price akan keluar perlahan-lahan dari ‘tape’ kemudian tugas Livermore adalah mencatatkannya di papan hitam untuk dilihat oleh para pelanggan mereka.
Paine Webber |
Bucket Shops Wizard
Sewaktu Livermore bekerja sebagai Chalk Boy pendapatannya masih kurang dan tidak cukup untuk menyara hidup. Rentetan itu beliau mencuba nasib dalam dunia bucket shop. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menganalisa stock price, Livermore dengan mudah menyesuaikan diri dengan cara pertaruhan di bucket shop.
Bucket shop merupakan tempat pertaruhan stock price. Para pemain tidak perlu melabur dalam stock dan tidak perlu terlibat secara langsung dalam turun naik stocks market, mereka hanya membuat keuntungan atau kerugian melalui ramalan harga stock yang akan datang dengan membuat pertaruhan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh bucket shop.
Bucket Shop |
Semasa berumur 15 tahun Livermore telah meraih keuntungan sebanyak 1,000 USD yang mana nilai itu pada hari ini bersamaan 25,000 USD. Desas-desus mengenai kemunculan ‘Bucket Shop Wizard’ bertiup dengan kencang, nama Livermore tersebar dengan pantas dan hangat diperkatakan oleh orang ramai. Beliau meneruskan keuntungan dalam setiap pertaruhan dengan menggunakan sistem yang telah dibangunkannya sendiri. Ini memberi kesan kurang baik kepada diri beliau apabila satu persatu bucket shop mula menyekat beliau dari terlibat dengan pertaruhan disebabkan nilai keuntungan yang beliau perolehi memberi kerugian kepada bucket shop. Nasib kurang baik, beliau hampir disenaraihitamkan oleh semua bucket shop di sekitar tempat tinggalnya.
Semasa berusia 20 tahun, Livermore sudah pun memiliki aset sebanyak 10,000 USD. Jika diamati ini adalah satu perkara luar biasa yang beliau telah gapai, jauh meninggal rakan-rakan sebayanya. Tetapi ia tidak bertahan lama, nilai aset beliau susut mendadak sehingga 2,500 USD setahun kemudian. Livermore menyatakan bahawa jika beliau kekal dengan sistem yang dibangunkan, beliau boleh mencipta keuntungan sebanyak 70%. Walau bagaimanapun beliau tidak berpegang pada peraturan dan prinsip yang ditetapkannya, sedikit demi sedikit beliau mengalami kerugian. Perkara sebegini juga biasa dihadapi oeh sesetangah individu dalam perjalanan karier mereka sebagai seorang trader dan investor.
Sambungan : Kisah Menarik The Wall Street Tycoon (Bahagian 2)