Cloud storage merupakan tempat penyimpanan data secara online yang telah mencipta ekosistem bernilai hampir trillion USD. Tapi ia hanyalah langkah permulaan kerana cloud storage bakal digantikan dengan blockchain.
Sebuah syarikat perlu menyimpan fail-fail mereka dengan aplikasi yang mempunyai rangkaian jalur lebar yang besar bagi menampung penggunaan seharian. Penggunaan room server pula, memerlukan kos penyelenggaran, kawalan keselamatan, dan harus dikemas kini setiap masa. Dengan menggunakan Cloud Storage, ia membantu mengembangkan lagi operasi sebuah syarikat dan dapat menjimatkan kos.
Dengan kemunculan blockchain sebagai pangkalan data yang bersifat terbuka, ia mencipta satu rangkaian yang selamat, tidak boleh diubah, dan tiada pemilikan berpusat. Seterusnya dapat menghalang daripada berlaku kes godaman, kecurian data dan penyalahgunaan.
Blockchain memerlukan miners bagi menyelesaikan masalah matematik untuk pengesahan data ke rangkaian Blockchain sebagai syarat untuk mendapatkan 'rewards'. Secara keseluruhan, para miners mencipta sistem nodes di dalam rangkaian yang menyimpan dan memproses data.
Salah satu platform Blockchain popular iaitu Ethereum, di mana developers dapat mengakses melalui EthereumVirtual Machine (EVM). EVM menyediakan kemudahan kepada developer untuk membangunkan decentralize application (Dapps).
Dapps beroperasi secara berasingan seperti Torrent. Program-program ini membentuk lejar berdasarkan arahan yang sentiasa mengesahkan kod dan tiada komputer yang memiliki keseluruhan backend aplikasi, maka ia menjadi mustahil untuk digodam. Blockchain tidak perlu berada di room server. Aplikasi cloud biasanya dilakukan pada sesetengah nod, tetapi tidak sama seperti rangkaian Ethereum yang berfungsi pada ribuan node.
Potensi yang ditunjukkan blockchain menutup kepercayaan bahawa cryptocurrency tidak mempunyai nilai, bubble atau sekadar trend teknologi terbaru. Cryptocurrency boleh bertindak sebagai sistem barter yang lebih pintar dan selamat menggunakan teknologi dan aplikasi internet.
Dengan blockchain, kita boleh membina rangkaian internet/Cloud 2.0 yang dipertingkatkan kawalan keselamatan siber serta menambah kemajuan dalam bidang komputer, dan penyimpanan data.