Single Terbaru Ariana Grande : No Tears Left To Cry - Market Demon

Sunday, April 29, 2018

Single Terbaru Ariana Grande : No Tears Left To Cry



Pada 19 April 2018, sebuah lagu berjudul No Tears Left To Cry telah dikeluarkan oleh penyanyi yang tidak asing lagi pada masa kini, iaitu Ariana Grande-Butera atau lebih mesra dikenali sebagai Ariana Grande. 8 jam sejurus dikeluarkan, muzik video No Tears Left To Cry telah mencatat 8 juta tontonan di Youtube. Ariana juga telah mengejutkan peminat beliau di Coachella Valley Music and Arts Festival apabila beliau menghiburkan mereka dengan menyanyikan single terbarunya ini.


Single ini adalah ditujukan kepada mangsa-mangsa pengeboman di Manchester Arena pada 27 May tahun lepas yang mengorbankan 23 mangsa termasuk pengebom, dan mencederakan lebih 500 orang yang lain. Grande telah menunda konsertnya pada hari tersebut dan mengaturkan konsert khas untuk menderma kepada mangsa dan keluarga mangsa pengeboman tersebut.


Setelah 2 tahun mendiamkan diri, single ini juga menjadi petanda penampilan semula Ariana di industri hiburan Hollywood setelah album terakhir Ariana Grande dikeluarkan pada 2016, iaitu Dangerous Woman. Album Dangerous Woman telah mencapai sebanyak 2.2 billion penstriman di laman penstriman muzik Spotify.


Lagu ini mempunyai tajuk yang menyedihkan, namun begitu melodi dan iramanya menandakan Grande ingin mengingati mangsa-mangsa pengeboman dan pada masa yang sama ingin menghasilkan irama dan melodi yang rancak untuk para peminatnya yang sudah lama menantikan lagu-lagu terbaru dari beliau.

Berikut adalah link untuk menonton muzik video tersebut :