5 Makanan Sahur yang Tahan Paling Lama - Market Demon

Sunday, May 20, 2018

5 Makanan Sahur yang Tahan Paling Lama

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah bagi umat Islam. Salah satu amalan yang ini dituntut adalah mengambil sahur. Mengikut kajian pemakanan, fullness atau kenyang adalah suatu keadaan selepas pengambilan sesuatu makanan. Ia juga dipanggil skala Indeks Pengukuran Satiety (Kekenyangan atau muak).

Tahap satiety ini diukur dengan signal yang dihantar daripada perut ke otak berkait nutrien yang boleh dikesan. Ini hanya sebahagian cerita bab satiety yang belum habis diterokai seperti bidang sensory, psikologi, umami, kemanisan.

Indeks ini mula dibangunkan pada tahun 1995 bagi mengukur tahap satiety melalui 38 jenis makanan yang bernilai kalori 240 kalori/hidangan. 38 jenis makanan ini diletakkan mengikut turutan yang memberi tahap satiety. Kajian tersebut menyebut tahap satiety dicirikan oleh:

  1. Kaya dengan protein
  2. Tinggi serat (fiber)
  3. Tinggi volume (terutama air)
  4. Rendah kepadatan tenaga

Makan penuh (whole meal) dan tidak proses umumnya lebih memberi kesan satiety berbanding makanan proses,

Di sini pakar makanan MD akan berkongsi lima (5) jenis makanan yang anda boleh manfaatkan semasa bulan puasa ini, sesetengah kes terpencil mendapati pengambilan nasi semasa sahur memberi kesan lapar yang lebih cepat kepada sesetengah individu termasuklah penulis. Berikut ialah makanan yang boleh dipertimbang bagi tujuan bersuhur:
  1. Kentang rebus (kaya dengan fiber)
  2. Telur (protein)
  3. Bijiran oat (kaya dengan fiber) 
  4. Ikan (protein)
  5. Kurma/ madu (fiber, gula ringkas, manis)
Adapun tahap satiety berbeza antara jantina, umur dan jenis aktiviti dan amalan makanan serta keadaan perut masing-masing. Perlulah juga dimanfaatkan kebaikan bulan ini bukan sahaja untuk kenyang perut sendiri, tetapi memberi kenyang kepada orang lain juga. Bila satiety bagus, akal dan mata anda boleh dimanfaatkan untuk cari ilmu perdagangan di Market Demon.



Rujukan: Tepper B. & Yeomans M. (2017 Flavor, satiety and food Intake WILEY Blacwell

Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
shafiq.cryptocall@gmail.com

Ingin dapatkan kemaskini lebih pantas di peranti pintar anda? Ikuti salah satu media sosial kami di bawah:

Twitter : https://twitter.com/market_demon
Telegram : http://market-demon.com
Facebook : https://www.facebook.com/marketdemonofficial