Bahagian 2: Menyelami Kotak Fikiran Buffett - Market Demon

Sunday, May 20, 2018

Bahagian 2: Menyelami Kotak Fikiran Buffett



Pada artikel sebelum ini, penulis telah menceritakan perjalan hidup bagaimana Warren Buffett ketika kanak-kanak memulakan perniagaan kecil-kecilan sehinggalah beliau meningkat ke usia remaja. (Anda boleh baca di sini: Lahirnya Seorang Billionaire).

Apa yang muncul di fikiran anda apabila memikirkan tentang Warren Buffett?
Bagi sesetengah, obsesinya terhadap Coca-cola sejak bertahun lamanya, dan  rekod cemerlangnya dalam pelaburan serta kekayaannya yang luar biasa.

Walaupun ia adalah penyebab yang menaikkan nama Warren Buffett di mata dunia, namun apa yang sinonim dengan kerjaya beliau adalah disiplin menilai sesuatu pelaburan dan gaya pemikirannya yang terkenal sejak sedekad lalu.

Untuk artikel kali ini penulis menyediakan infografik menyelami kotak fikiran Warren Buffett dan menerangkan semua tentang falsafah pelaburan dan rangka kerja yang digunakan beliau dalam menilai setiap peluang pelaburan dalam bisnes yang mempunyai potensi.