Bitcoin Bukan Cryptocurrency Pertama - Market Demon

Tuesday, November 13, 2018

Bitcoin Bukan Cryptocurrency Pertama

David Chaum
Bitcoin bukan cryptocurrency pertama tetapi Bitcoin adalah mata wang crypto berasaskan blockchain yang pertama. Kegagalan cryptocurrency sebelum ini telah menjadi pengajaran untuk Satoshi mencipta satu sistem yang jauh lebih baik, iaitu Bitcoin. Pada tahun 1999, Milton Friendman yang merupakan seorang ahli ekonomi berkata :

Satu kekurangan yang kita ada dan tidak lama lagi akan dibangunkan adalah e-cash, satu kaedah yang mana wang boleh dipindahkan dari A ke B melalui internet.


DigiCash : Tiada Siapa Mahukan Wang Digital

David Chaum berusia 28 tahun ketika beliau menerbitkan kertas kerja saintifik pada tabun 1983. Beliau merupakan graduan Sains Komputer dari University of Berkeley. Beliau merupakan individu terawal yang merancang mahu mencipta wang digital. Dalam kertas kerjanya, beliau menerangkan point utama mengenai wang digital, antaranya urusniaga tanpa nama.

Pada tahun 1989, David Chaum mencipta mata wang maya yang dipanggil DigiCash. DigiCash membolehkan pembayaran barangan dan perkhidmatan yang selamat dan mudah di internet. Bagi memboleh wang digital berfungsi, ia memerlukan permintaan dalam bentuk e-dagang, iaitu perdagangan dalam talian dan pada masa itu tidak wujud aktiviti sebegini. Perdagangan dalam talian hanya bermula pada penghujung tahun 1990-an.

DigiCash merupakan satu idea yang hebat walau bagaimanapun ia wujud pada waktu yang kurang tepat. Jadi tiada siapa yang menginginkannya. E-dagang mula berkembang pada tahun 1999, tetapi pelanggan lebih memilih MasterCard dan Visa berbanding DigiCash.

Kesilapan terbesar DigiCash adalah ia menawarkan penyelesaian kepada masalah yang belum wujud!

No comments: