Bitcoin Antara Punca Pemanasan Global? - Market Demon

Friday, November 2, 2018

Bitcoin Antara Punca Pemanasan Global?



Satu kajian yang telah diterbitkan oleh satu jornal terkemuka, Nature, telah memberitahu bahawa penggunaan kuasa untuk menghasilkan dan menjalankan sistem transaksi Bitcoin sahaja mampu untuk meningkatkan kesan pemanasan Global ke paras bahaya yang telah dispesifikasikan pada Perjanjian Paris 2015. Sejauh mana kesan untuk masalah ini akan bergantung kepada kadar penggunaan bitcoin pada masa akan datang menurut kajian itu.
Isu penggunaan kuasa untuk bitcoin yang perlu untuk melengkapkan transaksi Proof-of-Work (PoW) cryptocurrency itu sering diperkatakan oleh media sebagai kelemahan kritikal untuk transaksi P2P.
Ketua untuk kajian itu, professor Camilo Mora daripada University of Hawaii dalam untuk Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, menjalankan kajian ini berdasarkan contoh daripada sejarah kadar penggunaan teknologi baru seperti kad kredit dan pencuci pinggan.
Menggunakan data daripada contoh itu untuk bitcoin, kajian itu mengatakan, "Jika kadar penggunaan (bitcoin) mengikuti rentak dan kadar yang telah digunakan untuk teknologi baru, ianya mampu untuk mencipta kadar permintaan elektrik yang tinggi yang mampu menghasilkan pelepasan haba sehingga 2°C untuk pemanasan global dalam hanya beberapa dekad."
Mengurangkan kadar pemanasan global dibawah paras 2 °C  sudah dikira sangat susah untuk dilakukan kerana peningkatan populasi dan juga penggunaan termasuk kekurangan komitmen politik. Kemudian, datangnya Bitcoin.




Camilo Mora, et al

Metod dan Ketepatan

Kajian Mora menggunakan tahun 2017 sebagai rujukan untuk mengira kadar kos penggunaan tenaga rangkaian Bitcoin dari segi pelepasan CO2. Untuk mengira kos itu, pengkaji memilih mining hardware yang sesuai untuk tahun 2017 secara rawak untuk setiap blok yang dihasilkan, dan kira purata penggunaan elektrik untuk semua.
Kumpulan pengkaji kemudian mengesan lokasi setiap blok yang dihasilkan pada tahun itu, dan dengan menggunakan formula purata CO2 untuk setiap negara dimana pengiraan PoW "akan berjaya", digunakan untuk kadar pelepasan CO2 untuk setiap blok yang dihasilkan daripada purata penggunaan kuasa. Mora dan pasukannya mendapat satu nombor yang besar, iaitu 69 Tan Metrik karbon dioksida digunakan pada tahun 2017.

Sumber: Cryptoglobe

No comments: