Singapura mendahului di Asia Tenggara
Singapura jelas mendahalui perbankan terbuka di rantau ini. Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) kini semakin terbuka dan sedang membuat rangka kerja pengawalseliaan yang lebih ringan dan ini menjadikan Negara Singapura mendahului - pendekatan seperti ini juga sedang berlaku di New Zealand.
Pendekatan perbankan terbuka ini seolah-olah telah mula membuahkan hasil di mana ramai wakil dari industri semasa lawatan ke bank Singapura merupakan bank yang paling matang dari segi perjalanan perbankan terbuka mereka. Citibank dan DBS mempunyai program API yang agak besar dengan sesetengah rakan kongsi mereka yang sudah mula dilancarkan, dan bank lain kini sedang bersedia untuk mengikutinya. Mereka yakin potensi perbankan terbuka boleh berkembang jauh di Singapura.
Malaysia kini mula mengambil langkah
Di Malaysia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) merupakan sebuah agensi kerajaan, yang ditugaskan untuk menaiktarafkan ekosistem fintech tempatan. Maybank, salah sebuah bank terbesar di negara ini, telah menganjurkan hackathon untuk berhubung dengan fintek. Pelanggan Projek Open Bank pertama kami sebenarnya adalah dari Malaysia. Selain itu juga healthy fintech community akan memastikan bahawa tajaan bagi Perbankan Terbuka akan menjadi fintech-friendly pada mereka.
Bank Negara Malaysia memandang strategi Perbankan Terbuka sebagai langkah utama untuk meningkatkan lagi kecekapan, meluaskan akses, memupuk inovasi dan menggalakkan persaingan dalam sektor ini. Satu kumpulan perlaksanaan akan segera dilaksanakan, hasil carian mereka akan menentukan rangka kerja pengawalseliaan di Malaysia.
Thailand, Terbuka untuk Perbankan Terbuka
Keadaan di Thailand juga turut sama kerana tiada kerangka peraturan masih wujud. Walau bagaimanapun, bank-bank menyatakan mereta bersedia untuk bekerja dengan fintech. Kasikorn Bank, salah satu daripada bank tempatan terbesar, telah melancarkan dana usaha + 30M untuk startup dan Bangkok Bank, satu lagi bank besar, sedang menjalankan program bersama fintech selama dua belas minggu.
API akan membantu meningkatkan usaha ini. Thailand kini sedang membuat Akta Perlindungan Data Peribadi (di sepanjang garis GDPR EU) walaupun ia tidak khusus untuk bank tetapi dikatakan untuk industri dan akan memperkenalkan peraturan Perbankan Terbuka.
Di samping itu, Bank of Thailand baru-baru ini menggalakkan industri untuk menyeragamkan Skim pembayaran melaluai kod QR, pendekatan ini mungkin diterima pakai untuk Perbankan Terbuka jika skim itu berjaya.
Apa yang perlu dilakukan Seterusnya
Melihat secara dinamisme secara keseluruhan di Asia dan untuk Perbankan Terbuka. Singapura mendahului, yang terbukti menjadi model untuk peraturan Perbankan Terbuka pintar. Negara-negara seperti Malaysia dan Thailand kini mula menunjuk minat mereka dalam fintech ini dan telah membuat rangka kerja dalam ekosistem Perbankan Terbuka. Oleh itu untuk memanfaatkan Perbankan Terbuka, kerana setiap pihak harus terlibat dan berkerjasama.
Apa yang berlaku di Asia pasti menarik. Inilah yang kita lihat di Eropah dan Inggeris beberapa tahun yang lalu tetapi pada skala yang lebih besar. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk melihat inisiatif konkrit yang muncul tetapi, seperti yang telah dipelajari sekarang ini tdak mustahil rantau Asia mungkin menjadi antara peneraju utama dalam Perbankan Terbuka terutamanya negara-negara Asia Tenggara.