Kejadian Bunuh Diri Michael de Guzman
Pada 18 Mac 1997, Michael de Guzman telah menelefon isterinya Lilis de Guzman untuk mengajak dia makan malam bersama di salah sebuah restoren di Samarinda, Kalimantan Timur untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama dan sambutan hari jadi ke -22 Lilis de Guzman.
Namun, keesokan harinya gempar berita kematian Michael de Guzman telah tersebar di seluruh akhbar tempatan Indonesia. Dia dikatakan telah terjun daripada helikopter di tengah-tengah hutan belantara di Busang, Indonesia. Beberapa hari selepas berita kematiannya, polis mengklasifikasikan kesnya adalah kes bunuh diri apabila menjumpai nota tulisan de Guzman sebanyak 7 muka surat melalui Bernhard Leode (bekas pegawai kewangan Bre-X). Dalam notanya dia menyatakan dia menghadapi tekanan apabila terpaksa menanggung penyakit yang tidak dapat dirawat.
Empat hari selepas berita de Guzman terjun daripada helikopter, satu mayat tanpa tangan, kaki dan alat kemaluan telah ditemui di dalam hutan Busang. Mayat tersebut dikatakan milik Michael de Guzman, namun identiti sebenar tidak dapat disahkan kerana keadaan mayat tersebut yang dikatakan sangat teruk dan telah digigit binatang buas.
Paling menghairankan, tiada siapa yang dapat mengesahkan mayat itu milik de Guzman kecuali rakan sekerjanya yang juga seorang ahli geologi berasal daripada Filipina.
Lebih pelik selepas beberapa tahun (tahun 2005), salah seorang wanita yang mengaku isteri de Guzman juga telah memberitahu media, dia menerima sejumlah wang yang banyak (hampir $25,000) daripada Citibank Brazil. Dakwanya, wang tersebut adalah daripada suaminya kerana dia percaya bahawa suaminya masih hidup.
Pembongkaran Fraud
Beberapa hari selepas heboh diperkatakan mengenai kejadian bunuh diri Michael de Guzman, syarikat Freeport-McMoRan dari Amerika Syarikat yang telah menjalankan due-diligent ke atas penilaian perjanjian usaha sama mereka telah membongkarkan penipuan yang dibuat oleh syarikat Bre-X terhadap sampel emas yang dihantar daripada tapak pragali emas tersebut.
Pada satu ketika di antara waktu penggerudian dan pengujian, Michael de Guzman telah mengambil beberapa sampel teras yang telah dihancurkan dan dikumpulkan untuk membuat rancangan jahatnya. Dia mengikis cincin emas perkahwinannya untuk ditaburkan ke atas sampel teras tersebut (pada nisbah kira-kira 3 oz emas per tan batu). Skim penipuan ini dipanggil "penggaraman" dan ia jarang sekali berlaku.
Bagi memastikan setiap sampel di’garam’kan dengan cukup sebelum dihantar untuk analisis, de Guzman telah mendapatkan serbuk emas daripada beberapa orang pelombong tempatan yang beroperasi di sekitar sungai-sungai berdekatan. Dia membeli emas daripada warga tempatan dengan nilai $61,000 dalam tempoh dua tahun setengah dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Rancangannya berjaya melonjakkan nilai saham Bre-X sehingga hampir $6 million dengan hanya membuat penipuan terhadap sample teras dan memastikan setiap pelabur optimis dengan perkhabaran tersebut.
Kemuncak Kejatuhan
Menjelang Mei 1997, para pelabur mulai marah kerana kehilangan berbilion-bilion wang pelaburan mereka dan Bre-X mula menghadapi beberapa tuntutan undang-undang. Antara pelabur berskala besar adalah 3 pertubuhan sektor awam Kanada - The Ontario Municipal Employees Retirement Board (kehilangan hampir $45 million), The Caisse de dépôt et placement du Québec, the Quebec Public Sector Pension fund ($70 million) dan the Ontario Teachers Pension Plan ($100 million).
Penipuan tersebut telah melumpuh sektor kewangan Kanada sehingga berlaku penyusunan semula bursa saham Kanada. Bre-X pula diisytiharkan bankrap pda 5 November 1997. Dua rakan subahat de Guzman pula mengaku tidak bersalah sehingga ke hari ini. Tiada siapa disabitkan kesalahan walaupun masing-masing dihadapkan ke muka pengadilan.
David Walsh mengaku tidak bersalah sehingga ke akhir hayatnya. Walsh meninggal dunia pada 4 Jun 1998 akibat penyakit aneurisme otak. John Felderhof pula diputuskan tidak bersalah walaupun disabitkan atas kesalahan insider trading. Kesnya ditutup pada 31 Julai 2007.
Kes ini menyebabkan pihak berkuasa Kanada telah mewujukan National Instrument 43-101 bagi melindungi wang para pelabur daripada pendedahan projek mineral yang tidak berasas.
Kalam Penutup
Dalam industri yang dikuasai oleh syarikat perlombongan besar Amerika, Michael de Guzman berjuang untuk mendapat pengiktirafan dalam bidangnya. Walaupun sangat pintar dan mempunyai beberapa gelaran dalam bidang kejuruteraan, de Guzman tidak pernah mendapat pekerjaan yang memberinya gaji tinggi.
Walaupun ramai berpendapat de Guzman mungkin masih hidup, namun realitinya tiada siapa dapat mengembalikan wang pelaburan mereka. Dunia pelaburan sebenarnya sangat licik dengan kepandaian pelbagai golongan manusia yang ingin mendapat pulangan yang besar dalam setiap protfolio mereka.
Perkembangan terkini dunia kewangan dengan kemajuan teknologi terbaru seperti blockchain, konsep decentralized dan sebagainya, amatlah penting memahami dan membuat kajian terperinci sebelum membuat sebarang pelaburan.
“An investment in knowledge always pays the best interest” ~ Benjamin Franklin
Sumber: cnn.com/ASIANOW, Wikipedia, Youtube, thecanadianencyclopedia.ca, gambar daripada calgaryherald.com, historyvshollywood.com 🦋
[Baca: Persediaan Anak Bijak Kewangan : Celik Matematik Mengikut Usia]
[Baca: Persediaan Anak Bijak Kewangan : Celik Matematik Mengikut Usia]