Dari kiri: Jerome Alto (Site Manager), John Felderhof (Senior Vice-President), Michael de Guzman (Exploration Manager), Cesar Puspos (Senior Geologist) [credit: calgaryhcalgary.com] |
Jika dilihat biografi Michael de Guzman, tiada apa yang istimewa mengenainya. Namun, terdapat kisah menarik sehingga sebuah filem diterbitkan adaptasi daripada kejadian bunuh dirinya.
GOLD, 2016
GOLD, tajuk filem yang mengangkat cerita rakannya, David Walsh dan dirinya. Watak de Guzman dalam filem Gold bukanlah sebagai watak utama tetapi perwatakan dia memainkan peranan penting terhadap keseluruhan jalan cerita tersebut. Gold mengisahkan mengenai Kenny Wells (menggambarkan watak David Walsh), seorang pencari gali yang terdesak untuk mencari wang selepas gagal dalam perniagaan. Dia kemudiannya bertemu seorang ahli geologi, Michael Acosta atau Mike (menggambarkan watak Michael de Guzman) yang begitu bersemangat untuk membantu Wells mencari emas di hutan belantara yang belum pernah diterokai di Indonesia. Walaupun proses melombong emas adalah kerja yang sukar, namun kisah penemuan emas mereka telah mencetuskan keadaan huru-hara paling epik di Wall Street.
[Baca juga: Kisah di sebalik California Gold Rush (Episod I), (Episod II), (Episod III)]
KISAH SEBENAR
Kisah sebenar Michael de Guzman ada berkaitan dengan Bre-X Mineral Ltd. (Bre-X), sebuah syarikat daripada Kanada yang membuat penipuan Pump-And-Dump (PND) terbesar dalam sejarah Wall Street dengan sentuhan emas.
Bre-X diusahakan oleh David Walsh dan ditubuhkan pada tahun 1989 sebagai syarikat subsidiari kepada syarikat Bresea Resources Ltd. Bre-X tidak membawa sebarang keuntungan besar sehinggalah pada tahun 1993, David Walsh telah membeli tanah di tengah-tengah hutan belantara Indonesia berdekatan dengan Sungai Busang, Kalimantan Timur hasil daripada nasihat ahli geologinya, John Felderhof.
Michael de Guzman adalah rakan explorasi emas di hutan Busang, Indonesia bagi syarikat Bre-X. Selepas beberapa tahun, pada Oktober 1995, mereka telah mengumumkan hasil penemuan pragali emas pertama yang dianggarkan berjumlah hampir 2 million troy ounces. Sejak pengumuman pertama itu, jumlah penemuan pragali emas di tanah milik David Walsh itu terus meningkat sehinggalah pada tahun 1997 nilai penemuan pragali emas di hutan Busang dianggarkan mencecah hampir 70 million ounces, menjadikannya tanah mendapan emas yang terbesar pernah dijumpai di dunia.
Saham syarikat Bre-X yang pada mulanya didagangkan di Alberta Stock Exchange pada tahun 1989 kemudiannya telah disenaraikan dalam Toronto Stock Exchange dan NASDAQ pada tahun 1996. Walaupun bermula dengan hanya penny stock, harga saham Bre-X di Toronto Stock Exchange (TSE) mampu mencapai sehingga $286.50 CAD (split adjusted) pada bulan Mei 1996 dengan jumlah permodalan berjumlah lebih dari $4.4 bilion CAD (jika dinilaikan pada masa kini berjumlah sehingga $6 million CAD).
Penny Stock adalah saham yang didagangkan pada harga rendah sesaham (sen) oleh syarikat awam kecil. Bayangkan nilai saham syarikat Bre-X daripada harga sen kepada beratus dollar CAD dengan hanya berita mengenai penemuan lubuk emas. Keadaan tersebut turut dicatatkan sebagai salah satu sejarah paling epik yang pernah berlaku di dalam Wall Street.
Rakan Seperjuangan, David Walsh
David Walsh dibesarkan dalam kawasan perumahan elit di pinggir kota Montreal. Walsh mengikut jejak langkah bapa dan datuknya menjadi seorang broker saham. Selepas mengalami kegagalan dalam perusahaan syarikat minyak dan gas, Walsh menubuhkan Bre-X Minerals Ltd. pada tahun 1989 dan mula menceburkan diri dalam bidang perlombongan.
David Walsh menjalankan operasi Bre-X Minerals Ltd dari ruang bawah tanahnya di Calgary, Kanada. Pada awalnya penubuhan Bre-X, Walsh hanya memberi tumpuan kepada ekspedisi berlian di Wilayah Barat Laut. Namun, tuah tidak menyebelahi Walsh apabila operasi Bre-X kerap kali menemui kegagalan. Selepas beberapa ekspedisi gagal, Walsh memfailkan bankrupsi peribadi pada tahun 1991.
David Walsh (kiri) dan John Felderhof (kanan) |
Walsh mengalih tumpuan syarikat daripada ekspedisi berlian kepada emas asing. Dia menghubungi John Felderhof, seorang ahli geologi terkenal yang menemui lombong emas terbesar di Papua New Guinea. Felderhof dilantik sebagai Pengurus Besar Bre-X untuk projek penerokaan di Indonesia dan kemudian Felderhof membawa Michael De Guzman, seorang ahli geologi Filipina iaitu kawan lamanya untuk menyertai projek Bre-X di Busang.
Usaha terakhirnya Walsh melabur di hutan Busang, Kalimantan Timur Indonesia telah berjaya menyelamatkan dia dan keluarganya keluar daripada bankrupsi. Ketika ditanya mengenai penemuan pragali emas yang terbesar tersebut, Walsh pernah berkata, "Kami semua tidak percaya bahawa kami bertanggungjawab terhadap penemuan lubuk emas terbesar dalam sejarah dunia."
Ketika saham Bre-X berada pada nilai tertinggi, David Walsh, John Felderhof dan Michael de Guzman secara diam telah menjual beberapa unit saham mereka, masing-masing bernilai lebih S25.5 juta CAD. Keuntungan hasil jualan saham tersebut telah didepositkan ke dalam akaun foreign bank masing-masing.
Campur Tangan Kerajaan Indonesia
Oleh kerana berita mengenai penemuan pragali emas melonjak, Presiden Haji Suharto mewakili kerajaan Indonesia pada ketika itu telah mengambil pendekatan untuk campur tangan kerana bimbang syarikat Bre-X yang kecil tidak mempunyai peralatan cukup untuk mengendalikan lombong lubuk emas itu. Presiden Haji Suharto telah memaksa Bre-X untuk membuat perkongsian dengan syarikat perlombongan emas yang lebih besar.
Pada awalnya, Presiden Haji Suharto sendiri tidak menyedari bahawa negaranya duduk di kawasan rizab terbesar emas di dunia dan oleh kerana itu, beliau ingin memastikan bahawa beliau juga memperolehi sesuatu hasil daripada campur tangan ini.
Pada akhir rundingan (Februari 1997) telah memutuskan Bre-X memegang 45% tanah dengan hak dimilikinya selama 30 tahun, kerajaan Indonesia memiliki 40% dan Freeport-McMoRan menuntut baki 15% di samping akan usaha sama melombong tanah yang dikatakan lubuk emas tersebut di Busang.
Pada awalnya, Presiden Haji Suharto sendiri tidak menyedari bahawa negaranya duduk di kawasan rizab terbesar emas di dunia dan oleh kerana itu, beliau ingin memastikan bahawa beliau juga memperolehi sesuatu hasil daripada campur tangan ini.
Pada akhir rundingan (Februari 1997) telah memutuskan Bre-X memegang 45% tanah dengan hak dimilikinya selama 30 tahun, kerajaan Indonesia memiliki 40% dan Freeport-McMoRan menuntut baki 15% di samping akan usaha sama melombong tanah yang dikatakan lubuk emas tersebut di Busang.
Campur tangan ini sebenarnya amat merunsingkan de Guzman sekiranya rancangan dia terbongkar dengan kehadiran pihak ketiga yang akan memaksa dia agar lebih berintegriti dalam melaksanakan setiap perkara kerana masing-masing mempunyai kepentingan tersendiri.
Bersambung..."Benarkah Michael de Guzman telah membunuh diri?"
Nota kaki: Ikuti bagaimana Michael de Guzman dengan bijaknya merancang mengenai pragali emas tersebut dan jalan keluar yang dipilih agar dia tidak disabitkan kesalahan serta dikenakan tindakan undang-undang pada kemudian hari. Stay tuned. 🦋
[Baca perkembangan cryptocurrency: Penggunaan Cryptocurrency Selain "Store Of Wealth"]