Definisi Hutang Kerajaan
sumber: https://www.nationaldebtclocks.org/debtclock/maslaysia
Salah satu topik yang paling popular diperkatakan pada masa ini ialah hutang kerajaan. Bagi orang ramai, jumlah hutang kerajaan yang besar menjadi indikator kepada kemelesetan ekonomi atau juga menunjukkan imej yang buruk kepada negara. Namun, tahukah definisi sebenar hutang kerajaan dan bagaimanakah fungsi hutang dimanfaatkan oleh kerajaan yang memerintah sesebuah negara?
Hutang negara didefiniskan sebagai hutang kasar (gross debt) kerajaan bagi sebuah negara. Ini bermakna jumlah wang ("nilai pembayaran balik") yang terhutang oleh kerajaan hari ini, dikira mengikut garis panduan SDDS 2014 IMF dan garis panduan Perjanjian Maastricht (Maastricht Treaty guidelines).
Selaras dengan garis panduan ini, jumlah hutang kerajaan tidak ditolak dengan nilai aset kewangan yang mungkin dimilik oleh kerajaan terbabit. Malah, jumlah hutang tersebut juga tidak mengambil kira pembayaran masa depan kerajaan seperti jumlah pencen yang akan dibayar pada tahun hadapan.
Jika dibuat bandingan dengan klasifikasi hutang perniagaan seperti yang dipelajari dalam dunia kewangan, ianya jauh berbeza dan hutang kerajaan bukanlah sekadar mengimbangi akaun debit/kredit. Hutang kerajaan juga bukanlah gambaran kesihatan kewangan sesebuah negara tersebut. Kenapa kerajaan harus berbeza? Juga, jika kerajaan mempunyai banyak hutang, adakah tidak ada kos untuk generasi masa depan?
Terdapat banyak perkara yang perlu dibuat dan beberapa penerangan di bawah tidak cukup untuk menggambarkan keseluruhan mengenai hutang kerajaan. Artikel ini ditulis hanyalah untuk membuang stigma masyarakt yang dihujani kerisauan mengenai hutang kerajaan.
1. Analogi Gadai Janji
Pertama, terdapat analogi gadai janji. Kebanyakan orang tidak mampu untuk membeli sebuah rumah, oleh itu jika masih ingin membuat hutang perumahan yang besar, maka mereka perlu menyediakan satu gadai janji. Gadai janji ini akan membenarkan tambahan 30 tahun untuk membuat bayaran balik terhadap hutang tersebut. Dalam kes gadai janji ini, hutang perumahan boleh ditingkatkan ke tahap pendapatan sehingga menjadi 400%. Namun, kebanyakan orang masih tidak terasa terbeban walaupun nisbah hutang yang tinggi berbanding pendapatan. Seorang penjual yang ingin mengembangkan perniagaannya begitu yakin untuk membayar baik hutang dan tidak akan terasa buruk mengenai hutangnya.
Anda boleh berhujah bahawa ada perbezaan besar antara hutang gadai janji dan hutang kerajaan. Dengan gadai janji, hutang itu dijamin oleh aset (nilai hartanah anda). Kerajaan pula meminjam atau berhutang untuk pembayaran kepada kebajikan masyarakat, penjagaan kesihatan nasional dan lain-lain. Melihat pada perbelanjaan kerajaan, adalah lebih sukar untuk menilai aset yang bertindak sebagai cagaran/gadaian untuk menampung hutang kerajaan. Kerajaan boleh mempunyai aset yang besar. Untuk melihat kepentingan aset, beberapa kajian telah dibuat dan menunjukkan bahawa kelestarian hutang kerajaan berkaitan dengan tahap aset. Kerajaan yang mempunyai lebih banyak aset pada umumnya lebih baik untuk meminjam (berhutang) dengan lebih banyak.
Juga, ia bergantung kepada mengapa kerajaan meminjam. Jika kerajaan meminjam untuk membiayai pelaburan dalam pelaburan awam, mungkin ada pulangan kepada pertumbuhan yang lebih tinggi dan penerimaan cukai yang lebih tinggi. Sekiranya kerajaan meminjam untuk memendekkan kemelesetan, maka akan ada manfaat penerimaan cukai yang lebih baik. Sekiranya kerajaan meminjam untuk meningkatkan perbelanjaan ke atas pembayaran kebajikan bagi penduduk yang semakin tua, terdapat kurang faedah pinjaman masa depan.
2. Faedah Pembayaran Hutang (%) Daripada KDNK
Apabila wujud hutang gadai janji, bayaran gadai janji bulanan akan lebih 45% daripada pendapatan boleh guna. Namun, seseorang masih belum boleh diistytiharkan muflis kesan pembayaran tersebut walaupun ia merupakan sebahagian besar perbelanjaan bulanannya kerana secara dasarnya ia masih mampu menanggung kos servis hutang tersebut.
Apabila ia berkaitan hutang negara, kos penyelenggaraan hutang adalah penting. Malaysia mencatatkan hutang kerajaan bersamaan dengan 50.90% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun 2017. Hutang Kerajaan kepada KDNK di Malaysia adalah purata 48.50% dari tahun 1990 hingga 2017, mencecah paras tertinggi iaitu 80.74% pada tahun 1990 dan rekod terendah adalah sebanyak 31.80% pada 1997.
3. Kenalpasti Pemiutang
Apabila orang bertanya tentang hutang negara, soalan pertama yang ditanya dengan siapa kerajaan berhutang? Memeranjatkan apabila jawapannya adalah kebanyakan kerajaan berhutang daripada rakyat itu sendiri. Di United Kingdom, 70% hutang kerajaan adalah daripada korporat UK di sektor swasta manakala di Jepun, tahap pegangan hutang domestik adalah jauh lebih rendah iaitu 95%. Hutang kerajaan sebenarnya boleh dilihat sebagai memindahkan sumber dari satu bahagian ekonomi ke bahagian yang lain (pemberi hutang kerajaan). Sektor swasta mempunyai penjimatan lebihan sehingga ini akhirnya berakhir kepada kerajaan, yang kemudiannya boleh dibelanjakan untuk manfaat negara.
4. Kerajaan Tidak Pernah Membayar Hutang
Kerajaan tidak benar-benar membayar hutang. Pembayaran hutang kerajaan hanyalah satu kitaran ekonomi. Pertumbuhan ekonomi dapat mengurangkan faedah pembayaran hutang (%) daripada KDNK, menjadikan pinjaman terdahulu semakin kurang penting. UK mempunyai hutang melebihi 100% daripada KDNK dalam 81 daripada 170 tahun yang lalu, tidak pernah mengalami krisis dan secara tiba-tiba semuanya harus dibayar balik.
Hutang kerajaan membolehkan UK untuk bertahan semasa berlaku dua perang dunia. Pada tahun 1945, dengan hutang sektor awam melebihi 170% daripada KDNK, kerajaan yang baru melabur dalam perkhidmatan kesihatan kebangsaan, negara kebajikan dan industri utama negara. Hutang sektor awam terus meningkat, tetapi dalam beberapa dekad akan datang terdapat pertumbuhan ekonomi yang mampan yang membolehkan hutang kepada KDNK jatuh.
Kesimpulan
Kepentingan memahami apa itu hutang kerajaan adalah penting untuk kita lebih memahami sektor-sektor kewangan lain yang jauh lebih rumit. Pemahaman mengenai hutang kerajaan juga boleh memastikan kehidupan harian kita agar lebih tenang tanpa perlu memikirkan kesan ekonomi yang mungkin berlaku di negara kita. Rekod menunjukkan hutang kerajaan Malaysia masih lagi dalam radiasi terkawal dan rakyat Malaysia tidak seharusnya gentar dengan kesihatan kewangan negara.
[SUMBER : www.economicshelp.org ]
No comments:
Post a Comment