Wang kertas yang anda perlukan untuk membeli pisang di Venezuela |
US Dollar (USD) : Mata Wang Rizab Dunia
Mata wang rizab dunia pada masa sekarang adalah US Dollar (USD). Pada tahun 1944, USD mula menjadi mata wang rizab dunia apabila Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon meninggalkan standard emas selepas termeterainya perjanjian Bretton Woods.
Kebanyakan harga mata wang dunia turun naik berdasarkan penawaran dan permintaan dalam pasaran Foreign Exchange (Forex). Kestabilan mata wang bergantung kepada keyakinan pengguna, keadaan politik dan prestasi ekonomi. Bagi mereka yang berminat dengan Cryptocurrency boleh menyemak sejarah kejatuhan mata wang untuk lebih memahami volatility dan betapa mudahnya bagi mata wang naik dan jatuh.
Bolivar Venezuela
Bolivar adalah salah satu high profile case dalam kejatuhan mata wang. Semuanya bermula pada bulan Jun 2010 ketika Presiden Hugo Chavez (Presiden pada masa itu) mengumumkan perang ekonomi.
Semenjak itu, krisis semakin memburuk sehinggalah Maduro mengambil alih kerusi Presiden daripada Chavez. Keadaan ekonomi Venezuela bertambah parah pada tahhb 2015 apabila pengeluaran minyak negara Amerika Latin itu jatuh dan dalam masa yang sama harga minyak mentah dunia turut merosot. Banyak kilang penapis minyak terpaksa ditutup, akibatnya ramai yang kehilangan pekerjaan. Minyak merupakan penggerak utama ekonomi Venezuela. Kemerosotan ekonomi dan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat menyebabkan Venezuela kekurangan pelaburan.
Hiperinflasi mula terjadi. Sumber makanan dan ubat-ubatan sukar diperolehi. Ini menyebabkan berlaku huru-hara dan ketidakpuasan politik. Pada tahun 2017, Presiden Trump menandatangani perintah eksekutif yang melarang sebarang urusan dalam hutang baru dengan kerajaan Venezuela atau syarikat minyak negara itu. Situasi ini memaksa Presiden Maduro menggunakan mata wang digital kontroversinya, iaitu "Petro" untuk jualan minyak.
Dollar Zimbabwe
Republik Zimbabwe di Afrika Selatan mengalami inflasi terburuk pada tahun 2008 yang menyebabkan mereka terpaksa membuang mata wang mereka begitu sahaja. Hiperinflasi yang mendorong mata wang Zimbabwe menjadi tidak stabil bermula pada akhir tahun 1990-an. Hiperinflasi muka memuncak pada pertengahan November 2008 dengan kadar dianggarkan bersamaan 79,600,000,000%. Ini mengakibatkan nilai Zimbabwean Dollar jatuh dengan teruk. Pada saat itu, 1 US Dollar bersamaan dengan 2,621,984,228 Zimbabwean Dollar.
Peso Argentina
Argentina adalah ekonomi ketiga terbesar di Amerika Latin. Sejak kemerdekaannya dari Sepanyol pada tahun 1816, negara itu telah gagal membayar hutangnya dan inflasi sering meningkat. Pertumbuhan Argentina terbantut selepas embargo minyak OPEC pada pertengahan tahun 1970-an.
Baca kisahnya di sini : Embargo Minyak OPEC, Sebab & Akibat Krisis
Selepas embargo minyak 1973, berlaku pergolakan sivil dan politik di Argentina. Diikuti oleh bajet dan defisit perdagangan yang mula mengancam dan menceruskan permulaan kemelesetan. Rentetan dari itu, kerajaan Argentina terpaksa mencetak lebih banyak wang.
Satu rampasan kuasa oleh pihak tentera pula berlaku pada tahun 1976 membawa kepada kemerosotan ekonomi yang lebih jauh dan inflasi meningkat lebih tinggi. Pada tahun 1982, GDP Argentina jatuh mendadak, paling teruk sejak peristiwa The Great Depression yang terjadi pada tahun 1920-an.
Krona Iceland
Antara tahun 2008 dan 2011 kita menyaksikan krisis kewangan yang melanda Iceland. Keruntuhan sistem perbankan Iceland merupakan antara yang terbesar pernah di alami dalam sejarah ekonomi dunia.
Pada bulan Oktober 2008, Iceland menasionalisasikan tiga bank terbesarnnya iaitu, Kaupthing Bank, Landsbanki, dan Glitnir Bank, yang mempunyai hutang berjumlah $62 bilion. Oleh sebab kepercayaan pada bank-bank mula hilang, membawa kepada penyusutan nilai mata wang Iceland pada tahun 2008.
Lira Turki
Pada tahun 2018, Lira Turki merosot ke tahap terendah berbanding US Dollar. Mata wang Turki berada dalam tekanan yang besar disebabkan oleh hutang negara itu. Kejatuhan Lira juga membuka peluang kepada para pelabur.
Kejatuhan mata wang bukan perkara baru. Cryptocurrency sama seperti mata wang fiat, turut melalui kitaran "boom & bust." Hiperinflasi sangat mustahil terjadi dengan penggunaan mata wang yang mempunyai bekalan tetap seperti Bitcoin. Ini merupakan potensi buat pelabur yang mempunyai visi dan pandangan jauh.
"If you don't believe it or don't get it, I don't have the time to try to convince you, sorry."
Ikuti kami di Twitter Market Demon
No comments:
Post a Comment