Kewujudan malware baru dari cryptocurrency exchange cuba untuk menggodam account pengguna, laporan dari cybersecurity research team Palo Alto Networks pada 31 Januari.
CookieMiner adalah hasil perkembangan OSX.DarthMiner, malware yang mensasarkan pengguna Mac untuk mencuri kata laluan yang telah di-save seperti kata laluan Google Chrome, iMassage, itunes backup dan lain lain data yang disimpan di Apple account.
Matlamat utama malware ini adalah untuk mendapatkan maklumat bagi mengakses account cryptocurrency exchange pengguna Mac. Menurut Palo Alto, penggodam akan menggunakan semua data yang dicuri untuk memintas 'multi-layer authentication' yang telah di-setkan oleh kebanyakan pengguna untuk menambah ciri ciri keselamatan .
Jika berjaya, penggodam akan dapat akses penuh terhadap exchange account mangsa, e-wallet dan boleh menggunakan dana itu untuk kepentingan penggodam.
Selari dengan nama malware itu, ia juga memasang ciri-ciri cryptocurrency mining terhadap Mac mangsa. Penemuan ini adalah malware yang terbaru yang mensasarkan pengguna cryptocurrency sebagai mangsa. Laporan juga mengatakan terdapat banyak entiti berniat jahat yang cuba mengambil kesempatan terhadap kelemahan sekuriti dan juga novice crypto trader.
Laporan pada awal Januari lepas, banyak kajian mengatakan sebanyak 4.5 peratus amaun altcoin Monero (XMR) telah di-mined menggunakan taktik nefarious.
Kesimpulannya pemilik account cryptocurrency harus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap tetapan sekuriti aset digital untuk menggelakan kerugian dan kebocoran maklumat.
"Untuk tidak mengambil risiko juga, adalah risiko"
No comments:
Post a Comment