Secara asasnya ada 3 jenis charts yang biasa digunakan dalam teknikal analisis. Setiap charts membawa makna yang berbeza. Sebagai seorang trader anda harus tahu fungsi setiap charts untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh.
Line Charts
Line Charts adalah charts yang paling asas sekali. Ianya hanya memaparkan closing price. Sebagai contoh harga BTC harini ditutup pada USD20,000, maka untuk harini charts tersebut perlu menyentuh USD20,000.
Walaupun charts ini tidak memberikan banyak maklumat selain daripada closing price, tetapi masih ramai menggunakannya kerana lebih mudah bagi trader untuk mengenal pasti trend dan tidak banyak noise.
Bar Charts
Di dalam Bar Charts terdapat maklumat range harga sehari merangkumi open, high, low dan close. Garisan melintang di sebelah kiri merupakan opening price manakala garisan melintang di sebelah kanan merupakan closing price.
Jika opening price lebih rendah berbanding closing price bar akan berwarna hijau manakala jika opening price lebih tinggi daripada closing price bar akan berwarna merah. Bahasa mudahnya bar hijau adalah bullish dan bar merah adalah bearish.
Candlesticks Chart
Candlesticks chart berasal dari negara matahari terbit. Ianya telah diperkenalkan sejak 300 tahun dulu. Charts ini merupakan charts yang sangat popular dalam kalangan pelabur dan trader.
Ianya lebih kurang dengan bar charts, perbezaannya adalah segi empat yang menunjukkan perbezaan di antara opening dan closing price. Jika opening dan closing price sama pada hari tersebut, tiada sebarang segi empat akan terhasil.
Jangan lupa ikuti Twitter Market Demon dan Telegram Market Demon