Sistem Kewangan - Market Demon

Sunday, March 4, 2018

Sistem Kewangan



Apa Itu Wang?

Kita semua mengganggap kita tahu kerana wang adalah ciri umum yang ada dalam kehidupan seharian. Wang adalah apa yang kita peroleh dari pertukaran barangan dan perkhidmatan. Sebahagian orang mungkin mengganggap wang yang mereka kenali adalah satu-satunya sistem wang sehingga mereka melangkaui sistem yang sama sekali berbeza. Kemudian mereka menyedari wang adalah pembinaan sosial, konsensus sosial dan kekuatan politik. Apa yang kita bersetuju untuk menjadikannya sebagai medium pertukaran (wang) dan apa yang kerajaan (yang kita berikan mandat) gunakan sebagai ancaman penalti.

Kita menganggap sistem monetari kita adalah sama seperti hukum alam kerana ia mestilah satu-satunya sistem yang ada. Tetapi tidak ada hukum alam untuk kewangan. Pada masa lalu, kayu dijadikan sebagai medium pertukaran (wang). Dalam sesetengah tamadun, sebagai contoh di kepulauan Yap menggunakan batu gergasi (rai) sebagai medium pertukaran. Malah ada yang menggunakan garam.

Yap Island

Dalam sistem monetari yang wujud pada hari ini :

1. Wang (Wang fiat) diterbitkan oleh kerajaan atau bank pusat dan setiap matawang adalah dalam bentuk tender sah dalam negara yang mengeluarkan matawang tersebut.

2. Setiap matawang boleh didapati dalam bentuk syiling fizikal, bil kertas (wang kertas) dan digital menerusi akaun credit card dan sebagainya,

3. Matawang ini memenuhi semua utiliti medium pertukaran tradisional.

4. Matawang ini boleh dibahagikan dalam unit yang lebih kecil.

5. Ia selamat, maksudnya tiada siapa boleh mencetaknya kecuali bank pusat kerana setiap wang yang diterbitkan mempunyai security features khas.

6. Ia fungible, bermakna semua unit boleh ditukar ganti.

7. Ia senang dibawa.

8. Ia mempunyai nilai pasaran, jadi pembeli dan penjual dengan yakin boleh menjadikannya sebagai medium pertukaran untuk barangan dan perkhidmatan.

Tetapi sejarah memaklumkan kepada kita bahawa wang tidak perlu dikeluarkan oleh pihak authority dan tidak semua ciri-ciri wang harus memenuhi semua kriteria tadi. Dalam erti kata yang lain, sistem monetari kita hanyalah salah satu daripada sistem wang yang ada. Dengan adanya digital cryptocurrencies, rangkaian sistem kewangan telah berkembang dengan pesat.

Kita cenderung melihat wang sebagai cerminan kepada nilai sosial dan politik. Sistem yang wujud sekarang, mencipta dan mengedarkan wang dari bahagian paling atas dalam piramid kuasa kekayaan. Sistem ini memberi lebih banyak kuasa dan kekayaan kepada mereka yang berada di atas dalam piramid kuasa kekayaan. Kontrak sosial ini meningkatkan ketaksamaan kekayaan. Untuk memahaminya, kita perlu bermula dengan tiga fungsi asas wang.

Secara umumnya, wang adalah :

1. Simpan nilai. Ia berfungsi sebagai repositori kekayaan yang boleh dipercayai.

2. Medium pertukaran antara pembeli dan penjual.

3. Alat untuk merekodkan urusniaga, hutang atau aset.

Matawang yang dikeluarkan kerajaan pada hari ini melaksanakan tiga peranan yang disebut di atas.

Batu Rai
Batu Rai

Dalam perkembangan tamadun, setiap jenis medium pertukaran mempunyai fungsi yang berbeza. Batu rai, batu gergasi di kepulauan Yap dijadikan medium menyimpan nilai dan medium pertukaran untuk barangan bernilai tinggi. Tetapi rekod transaksi yang melibatkan batu ini dilakukan dalam lejar lisan. Pemindahan hak milik batu rai direkodkan dalam ingatan komuniti dan ia tidak perlu dipindahkan secara fizikal untuk pemindahan hak milik.

Batu rai diambil dari kepulauan lain dan tidak mudah dipalsukan. Mereka tidak semestinya boleh ditukar ganti, nilai setiap batu itu direkodkan secara lisan. Tetapi kerana batu rai tidak dapat dibahagikan dalam unit yang kecil atau tidak mudah untuk diangkut, medium pertukaran yang lain digunakan untuk urusniaga harian masyarakat di kepulauan Yap.

Pointnya di sini adalah tidak ada alasan intrinsik mengapa tiga fungsi utama wang perlu dipenuhi oleh satu matawang tunggal. Tidak ada alasan instrinsik mengapa perlu ada hanya satu bentuk medium pertukaran diperdagangkan untuk semua urusniaga. Dalam sesetengah budaya, bentuk wang tertentu memegang nilai simbolik dan hanya digunakan untuk transaksi tertentu, sebagai contoh untuk mahar perkahwinan.

Dalam tamadun yang menggunakan sistem wang yang tidak dikeluarkan oleh pihak authority, konsensus sosial yang mendefinisikan apa yang berfungsi sebagai medium pertukaran dan apa fungsinya.

Bitcoin

Keterbatasan Bitcoin sudah diketahui, proses mining menggunakan sejumlah besar tenaga elektrik dan Bitcoin tidak boleh diskalakan untuk menggantikan semua urusniaga credit card di dunia. Transaksi Bitcoin sangat perlahan disebabkan keterbatasan ini. Ini menyebabkan caj setiap transaksi menjadi tinggi.

Tetapi seperti yang telah disebut di atas tadi, setiap jenis medium pertukaran tidak perlu melaksanakan fungsi wang. Oleh itu, beberapa penganalisis menjangkakan Bitcoin hanya sesuai digunakan untuk pemindahan besar dan bukan untuk transaksi harian. Cryptocurrency lain seperti Litecoin dan Ripple boleh menggantikan kelemahan Bitcoin itu.

Venezuela Boliver




Bagi mereka yang tidak tahu keadaan yang berlaku di Venezuela, kerajaannya telah memusnahkan nilai matawang negara itu, Bolivar. Satu Bolivar didagangkan kira-kira 10 hingga 1 USD pada akhir tahun 2012 saat nilai Bitcoin bersamaan 10 USD.

Nilai Bolivar pada hari ini, 16,666.67 Bolivars bersamaan 1 USD dan nilai 1 Bitcoin sekarang lebih dari 1 bilion Bolivars. Penduduk Venezuela yang menukar 100 Bolivars untuk 10 USD dan menukar 10 USD untuk 1 Bitcoin pada tahun 2012, kini memiliki 11,1171 USD. Di sini, Bitcoin telah bertindak sebagai penyimpan nilai.

Jadi siapa yang betul dan siapa yang salah? Orang yang percaya pada status quo yang menyimpan 100 Bolivars sebagai alat menyimpan nilai atau orang yang menukar Bolivars kepada Bitcoin?