Psikologi wang, kekayaan dan spekulasi mania adalah sangat menarik. Kebanyakan apa yang tertulis dalam subjek ini memberi tumpuan kepada proses membina kekayaan seolah-olah ia adalah ilmu semata-mata dan bukannya proses yang didorong secara psikologi. Hanya spekulasi mania yang berasaskan analisis psikologi. Wang dan kekayaan bukan segala-galanya tetapi refleksi yang lebih dinamik yang mendorong spekulasi mania.
Bandingkan spekulasi mania era Dot Com (1995-2000) dan krisis Sup Prima (2002-2007) dengan Crypto Mania. 97% dari semua ahli ekonomi melihat Bitcoin sebagai bubble dan muncul artikel yang tidak berkesudahan menyerang Bitcoin. Kenapa perkara ini tidak berlaku pada tahun 1990-an dan 2000-an tetapi mereka melihat kehebatan Cryptocurrency dengan rasa tidak puas hati? Saya rasa ini adalah topik yang menarik untuk diulas.
Ini pendapat saya. Status quo menidakkan Cryptocurrency kerana "orang yang salah" semakin kaya. Ramai pemain pasaran dari instrument tradisional terlepas peluang ketika harga Bitcoin masih rendah. Kebanyakan mereka lebih berpengalaman dalam pasaran berbanding komuniti Cryptocurrency. Mungkin juga mereka terlalu ego untuk menerima Cryptocurrency sebagai instrument pelaburan era baru.
Beberapa mania yang telah berlalu menjadikan "insider" menjadi kaya. Dot Com Mania menjana berbilion dollar keuntungan untuk Wall Street melalui IPO (Initial Public Offerings). Krisis Sub Prima juga telah menjana berbilion dollar melalui penerbitan Mortgage-Backed Securities (MBS), CDOs dan instrument kewangan eksotik yang lain berdasarkan gadai janji dan sekuriti berkaitan, yuran, dan lain-lain skim.
Dalam kedua-dua kes, kebanyakan orang menganggap mania adalah tiket untuk mereka menjadi kaya. Tetapi majoriti orang adalah makanan bagi golongan elit dan insider dari Wall Street dan FIRE (Finance, Insurance, Real Estate). Lebih ramai orang kehilangan wang dalam tempoh masa antara tahun 1997 dan 2003. Berjuta-juta orang berjudi dalam housing bubble dan kehilangan segala-galanya.
Bandingkan dengan Cryptomania. Wall Street dan ahli ekonomi tidak mempunyai "insider" dalam Cryptocurrency, adakah ia menghairankan jika mereka membenci Bitcoin?
Sesetengah pemain pasaran dari instrument tradisional, walaupun terlepas peluang dari awal tetapi mereka melihat peluang masih terbuka luas dalam pelaburan Blokchain dan Cryptocurrency. Sementara, sesetengah yang lain tidak mahu menundukkan ego mereka dan berharap Cryptomania akan berakhir untuk membuktikan mereka betul.
Setiap kali Bitcoin mencatat rekod kenaikan yang baru, mereka yang pesimis akan terus terluka. Lebih teruk lagi, yang semakin kaya dengan Cryptomania adalah golongan outsider. Menariknya, sesetengah insider meraih kekayaan dengan mengeksploitasi keistimewaan mereka. Media korporat memberi pujian kepada golongan insider yang meraih berbilion-bilion dollar daripada orang lain, melalui IPOs, dan lain-lain. Tidak adil bagi orang kebanyakan dalam sistem Corporate-State Feudal.