IBM Memulakan Projek Blockchain - Market Demon

Sunday, March 18, 2018

IBM Memulakan Projek Blockchain


IBM memulakan projek blockchain sekitar 3 atau 4 tahun yang lalu dengan membentuk sebuah unit yang hanya memberi tumpuan kepada teknologi dengan lebih daripada 1,500 pekerja. Menurut IBM, mereka masih belum memiliki kakitangan yang cukup dengan kemahiran dalam blockchain. Industri ini perlukan lebih ramai tenaga mahir.

Dalam Pembangunan : Hyperledger IBM
IBM memasuki dunia blockchain dengan pertanyaan, adakah blockchain generasi seterusnya dalam sistem transaksi?

Blockchain adalah jawapan kepada masalah kewangan pada tahun 2008.  Dakam dunia nyata, anda pergi ke pasaran dan mencari buku. Anda tahu nilainya dan anda tahu nilai wang anda. Anda bercakap dengan penjual dan bersetuju, kemudian membuat pembayaran. Anda tidak perlu mendedahkan identiti anda. Persoalannya, bagaimana anda melakukannya di dunia digital?

Di dunia digital, anda tidak boleh berbuat demikian secara anonymous kerana mekanisma yang mengenalpasti identiti anda, kad kredit anda, dll. Dalam transaksi merentasi sempadan pula, lebih ramai pihak yang terlibat untuk melengkapkan transaksi anda. Jadi, blockchain hadir untuk menyelesaikan masalah ini dengan menyingkirkan orang tengah atau pihak ketiga.

3 Cabaran Hyperledger
IBM telah melihat 3 masalah utama dengan menggunakan Ethereum sebagai asas pembinaan blockchain :

1. Proof-of-Work (PoW) : Perlombongan adalah proses penggunaan tenaga yang tinggi. Ada cara lain untuk mengelesaikan masalah ini tanpa perlombongan. 

2. Kebenaran : Ramai pelanggan IBM ingin tahu dengan siapa mereka menjalankan perniagaan dan mereka mahukan privasi dan kerahsiaan tanpa menjadi anonymous.

3. Model Perlesenan : IBM mahu menggunakan sumber terbuka, perlu ada platform teknologi baru seperti blockchain.

Setahun setengah yang lalu IBM mendekati Linux untuk memulakan projek Hyperledger. Sekarang terdapat lebih daripada 200 orang yang terlibat. Walmart juga telah bekerjasama dengan IBM untuk membina peta rantaian bekalan makanan. Dengan menggunakan blockchain, hanya mengambil masa 2 saat sahaja untuk mengesan punca jika berlaku wabak.

Digital ID 
IBM sedang bekerjasama dengan Canadian SecureKey, yang mempunyai rangkaian di semua bank utama dan kerajaan Kanada. SecureKey adalah sistem triple-blind yang memberi anda pemilikan terhadap identiti anda.  Sekiranya seseorang cuba mengakses identiti anda untuk mengesahkan transaksi, mereka akan meminta maklumat khusus daripada anda untuk berurusniaga.

Sebagai contoh, anda pergi ke bar, bouncer perlu mengesahkan usia anda dan anda perlu menunjukkan kad pengenalan atau lesen memandu. Secara tidak langsung, anda telah mendedahkan maklumat-makkumat lain. Dengan menggunakan blockchain, tanpa mendedahkan maklumat lain, usia anda dapat disahkan. Begitu juga dengan urusan lain, anda tidak perlu mendedahkan maklumat lain dan hanya memberikan maklumat yang diperlukan sahaja. Pada asasnya, anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap identiti anda. Bayangkan anda boleh mengawal laporan kredit anda sendiri tanpa pihak ketiga. Blockchain adalah sistem yang jauh lebih baik.