Giliran Twitter Pula Mengharamkan Cryptocurrency - Market Demon

Sunday, March 18, 2018

Giliran Twitter Pula Mengharamkan Cryptocurrency


Laporan mengatakan bahawa Twitter akan mengikut jejak langkah Facebook dan Google dengan menyekat semua iklan berkaitan cryptocurrency dan ICOs. Nampaknya dunia digital terus mengecil bagi mereka yang ingin menerbitkan iklan cryptocurrency. Facebook menjadi yang terawal mengharamkan pengiklanan cryptocurrency, diikuti oleh Google. 

Sky News melaporkan bahawa Twitter sedang merancang polisi baru pengiklanan. Polisi baru itu akan menghalang iklan cryptocurrency. Larangan ini agak mengejutkan kerana Jack Dorsey, CEO Twitter, juga merupakan CEO Square, yang mana baru-baru ini telah menambah dagangan Bitcoin ke dalam platform mereka. Dorsey antara individu yang menyokong Bitcoin dan telah melabur dalam Lightning Labs, pasukan yang membangunkan Lightning Network.

Selain itu, Twitter mengalami masalah dengan akaun palsu berkaitan cryptocurrency, akaun palsu ini menggunakan identiti pemain utama dunia crypto untuk tujuan penipuan. Apa pendapat anda dengan larangan ini? Adakah anda fikir Twitter sedang melakukan tindakan yang betul atau salah?