Kerjasama Coinbase dan Barclays - Market Demon

Sunday, March 18, 2018

Kerjasama Coinbase dan Barclays


Coinbase, salah satu crypto wallet terbesar di dunia telah melengkapkan perjanjian dengan salah sebuah bank terbesar di Britain. Coinbase mrngumunkan bahawa mereka berjaya membuka akaun bank di bank utama Britain, Barclays.

Coinbase percaya, kerjasama baru dengan Barclays akan membuatkan perdagangan Bitcoin dan cryptocurrencies lebih mudah dan lebih cepat buat pelabur dan pedagang Britain. Sebelum kerjasama itu termeterai, pengguna di Britain perlu menunggu beberapa hari sebelum dana mereka masuk ke akaun bank mereka. Penganalisis menjangkakan akan berlaku peningkatan dalam kalangan crypto traders Britain.

Kerjasama baru itu bukan satu-satunya berita positif mengenai crypto exchange. Coinbase juga berjaya menerima lesen e-money dari British Financial Conduct Authority (FCA). Lesen ini juga membolehkan pihak exchange menambah sokongan untuk Faster Payments Scheme (FPS). Lesen e-money ini juga memberi akses kepada 23 buah negara di Eropah. Coinbase turut menyatakan mereka bakal menambah ahli pasukan mereka di London.

Apa pendapat anda tentang kerjasama ini? Adakah ia akan membuka jaoan kepada lebih banyak kerjasama antara bank-bank di Britain dan crypto exchange?