Cryptocurrency mungkin belum arus perdana tetapi ia sedang berada di landasan yang terbaik untuk menuju ke arah itu. Oleh kerana kuasa revolusi blockchain, tidak menghairankan bahawa cryptocurrency akan mengubah landskap kewangan dan sektor lain. Hartanah tidak terkecuali.
Hartanah adalah sektor yang memberi impak kepada kita semua. Setiap orang memerlukan tempat tinggal untuk hidup dan bekerja. Malangnya sektor ini juga merupakan salah satu hal yang merumitkan untuk ditangani. Bagaimana pun, blockchain mempunyai kuasa untuk mengubahnya kerana keupayaan merekod setiap perubahan dan urus niaga yang dibuat di atasnya, blockchain sangat telus. Lebih sukar untuk data-data pada blockchain hilang atau diubah tanpa persetujuan semua pihak yang terlibat dalam memantau maklumat.
Digital certificates akan dipautkan dengan hartanah tunggal dalam sistem, yang akan menjadikan ia mustahil untuk seorang pelaku menjual harta yang mereka tidak mempunyai hak milik ke atasnya. Dengan pengadaptasian blockchain, hartanah akan menjadi kurang menarik untuk penipu. Menggunakan cryptocurrency untuk urusniaga hartanah juga akan mengurangkan kebergantungan pada pengesahan pihak ketiga. Salah satu sebab yang menyebabkan kos urusniaga menjadi tinggi disebabkan oleh orang tengah seperti escrow, insurans, broker, dll.
Blockchain menjadikan semua urusniaga berlaku secara peer-to-peer, tanpa melibatkan orang tengah dan semua maklumat yang dicatatkan dengan cara yang telus. Bayangkan, urusniaga langsung dan disahkan tanpa orang lain yang perlu melakukannya untuk anda. Urusniaga hartanah crypto mungkin semakin meningkat dari segi populariti kerana aspek ini sangat disenangi.