Perkembangan Semasa Ethereum - Market Demon

Sunday, March 18, 2018

Perkembangan Semasa Ethereum


Volatility membuka peluang yang unik dalam mencari coin yang sedang undervalued. Dalam artikel kali ini kami kongsikan coins dengan major events dalam tempoh 2 minggu yang akan datang. Pasaran altcoin minggu ini memberi tumpuan kepada beberapa event yang sangat menarik. Market correction pada minggu lepas membolehkan Ethereum (ETH) dapat dimiliki dengan harga diskaun yang besar.

Ethereum mempunyai major announcements, event, presentations, dan kemaskini platform sebelum berakhirnya bulan Mac. Kebiasaanya events sebegini menjadi catalyst kepada harga sesuatu cryptocurrency dalam jangka masa pendek.

Sentimen Pasaran Semasa

Pasaran minggu lalu telah membuka banyak peluang belian terutamanya untuk altcoin. 10 hari terakhir telah diisi dengan pelbagai peristiwa FUD yang terus menekan pasaran crypto ke bawah. Peristiwa-peristiwa ini secara mendadak memberi kesan kepada harga altcoin minggu ini :

  1. Tindakan pihak regulator (SEC & U.K)
  2. Mt.Gox dump Bitcoin
  3. Alphabet (Google) ban semua iklan berkaitan crypto
  4. Scam ICO - Giza

4 peristiwa ini mengubah market cap keseluruhan pasaran crypto dari $ 470 bilion pada 5 Mac 2018 kepada $ 330 bilion pada 16 Mac. Walau bagaimanapun, penurunan lebih daripada 30% dalam jumlah keseluruhan market cap menjadikan pasaran altcoin betul-betul murah.

Ethereum (ETH)

Dalam tempoh 2 minggu ini, nilai Ethereum (ETH) jatuh lebih banyak daripada Bitcoin (BTC). Jika ETH terus mengeluarkan ICOs yang ternyata fraud dan scam, mereka akan hilang reputasi. ETH sekarang didagangkan pada harga $ 525 (ketika artikel ini ditulis) dengan market cap melebihi $ 60 bilion. 4 Mac 2018, ETH didagangkan pada harga $ 865 dan sejak berita negatif SEC tersiar, ETH jatuh lebih dari 25%.

Antara faktor utama yang menentukan nilai cryptocurrency adalah utiliti asas. Keadaan semasa pasaran ETH merudum, dalam pasaran yang sihat ianya normal, ada turun dan naik. Harus diingat, apabila bercerita tentang utiliti asas, ETH masih juara dalam segmen ini. ETH masih dicari untuk kegunaan ICOs, Ethereum Dapps, dll. Secara fundamental, ETH akan kekal bernilai kerana utiliti mereka. 


Baca juga : Tips Mengembara Menggunakan Bitcoin