Hegemoni AS di Ambang Kemusnahan atau Baru Bermula? - Market Demon

Sunday, March 18, 2018

Hegemoni AS di Ambang Kemusnahan atau Baru Bermula?



$20,700,000,000,000!



Inilah angka hutang Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) sehingga tahun kewangan berakhir 2017. Sifir mudahnya, sekiranya jumlah ini dibahagikan dengan 324,459,463 orang penduduk AS, maka, seorang rakyat AS bakal memikul hutang sejumlah $63,798.42 seorang!

Rutinnya, jumlah hutang Negara dikira dengan membahagikannya dengan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) atau jumlah nilai barang yang dihasilkan atau servis perkhidmatan yang disediakan. Namun, data kewangan AS mutakhir ini menimbulkan rasa pelik dan fishy di kalangan rakyat AS yang mana berlaku kesenjangan ketara di antara nilai Hutang Kerajaan Persekutuan berbanding Hutang ke atas KDNK AS.



Antara 4 inferens yang mendorong krisis ekonomi AS seperti berikut:

1. Hutang Persekutuan AS berbanding jumlah pekerja sepenuh masa (tetap)

Market Demon kongsikan carta di bawah bagi menunjukkan Hutang Persekutuan (Garis merah) berbanding jumlah pekerja tetap (Garisan Biru) sejak tahun 1970.



Jelas sekali, hutang negara AS telah pun mula melonjak sejak tahun 2000, kemuncaknya pada tahun 2008. Parameter bilangan pekerja tetap adalah kritikal kerana secara umumnya, parameter ini yang mempengaruhi indikator pembelian rumah, simpanan kewangan dan kekayaan dalam iklim ekonomi yang dipacu oleh pengguna. Pengambilan pekerja separuh masa juga diambilkira tetapi tidak signifikan.

Jika kita lihat perubahan hutang berbanding tempoh yang dijelaskan dalam carta di atas, kita akan dapati gambaran jelas (carta di bawah) bahawa jumlah bilangan pekerja tetap dilaporkan merosot secara drastik sejak tahun 2008, akan tetapi, Hutang Persekutuan AS melonjak dengan ketiadaan pekerja tetap. Ini menimbulkan tanda tanya.



Bahkan, jika kita lihat Hutang Persekutuan AS ditambah pula dengan parameter pekerja  tetap (Carta di bawah), ia membawa angka yang bengkak membusung, iaitu sejumlah $1.92 juta dolar dalam Hutang Persekutuan baru bagi setiap tetap yang baru berkhidmat sejak tahun 2008!


Bandingkannya pula dengan $30 ribu bagi setiap pekerja baharu sepenuh masa bagi tahun 70an. Manakala, $140 ribu pada 80an, nilai ini bertambah hampir empat kali ganda iaitu bagi tahun 2000 hingga 2008. Walau pun jumlah populasi jauh lebih besar selepas sepuluh tahun plan pemulihan 2008, tetapi ia gagal memberi jalan keluar terhadap isu tersebut.


2. Peratusan perkembangan Hutang berbanding perkembangan pendapatan boleh-guna (Disposable Income) bagi setiap pekerja

AS berkemungkinan sedang berada di tahap tertinggi kitaran ekonominya. Corak penurunan ini berkemungkinan akan berterusan dalam dekad seterusnya yang bakal menatijahkan satu keputusan yang kronik dan buruk.

  

Garis merah dalam carta di bawah menunjukkan Hutang Persekutuan AS dibahagi dengan pekerja tetap di AS. Baris hijau menunjukkan pendapatan boleh-guna (selepas cukai) dibahagikan dengan pekerja tetap. Hakikatnya, Hutang Persekutuan kini berkembang hampir dua kali ganda daripada kenaikan pendapatan peribadi, hal ini memberi isyarat yang membimbangkan kerana aliran wang yang tidak seimbang.

Bayangkan sekiranya anda pekerja tetap di AS iaitu sama seperti 127 juta rakyat Amerika lain, anda perlu ketahui anda realitinya berhutang $163,000 (satu nilai yang melebihi cukai sedia ada tahunan anda)! Nilai tersebut bahkan berkali ganda sekiranya liabiliti AS yang tidak disubsidi diambilkira.

Carta seterusnya menunjukkan berapa bulan pendapatan boleh-guna pekerja tetap yang diperlukan untuk membayar hutang Negara. Sekiranya AS berniat untuk menyelesaikan masalahnya, ia akan mengambil masa 18 bulan bagi mengumpulkan semua pendapatan (termasuk setiap sen semua cukai terkumpul) dari pekerja tetap! Graf boleh dipanjangkan kepada tempoh kepada 70 hingga 90 bulan untuk memasukkan liabiliti yang tidak didanai, tetapi, sudah tentu, hal ini mustahil kerana harapan untuk membayar hutang adalah perkara di luar kawal.



3. Pemotongan kadar faedah Rizab Persekutuan

Anda ingin tahu bagaimana keadaan ini menjadi tidak terkawal?

Ia bermula sejak pemotongan kadar faedah Rizab Persekutuan AS hampir tiga dekad lepas sejak 1981 yang menjadikan kadar pinjaman hutang menjadi lebih murah dan pada masa sama memberi galakan kepad ahli-ahli Kongres (serta korporat dan individu) akan manfaat pemotongan cukai dan cukai interest yang rendah.

Secara gambaran umum, kadar pertumbuhan penduduk AS telah menurun sejak tahun 1790 berbanding kadar hutang terhadap KDNK (carta di bawah). Pada awalnya, perkembangan populasi tahunan AS adalah melebihi 3% melalui sumbangan bilangan penduduk yang masih rendah, migrasi  masuk yang tinggi, dan kadar kelahiran tinggi.

Dari masa ke masa, apabila populasi semakin meningkat, kadar migrasi menjadi perlahan, dan kadar kelahiran menurun; kadar pertumbuhan rakyat AS turut terencat. Sejak tahun 1950, jumlah pertumbuhan penduduk tahunan (garis hitam dalam carta di bawah) telah menurun hampir 75% (dari 2% hingga 0.6%), tetapi apa yang lebih kritikal adalah pertumbuhan tahunan penduduk yang berusia 65 tahun pada dasarnya telah berhenti (sebagai garis kuning dalam carta menunjukkan) dan lebih banyak hutang tidak terlunas. Pemotongan kadar faedah yang besar kepada penciptaan hutang pada awalnya telah digantikan dengan pertumbuhan organik populasi yang semakin perlahan. Usia bersara dahulu berbanding hutang!




4. Pendapatan boleh-guna berbanding Kadar Simpanan

Pendapatan dan simpanan bukanlah dua pendorong kepada penilaian aset yang tinggi. Carta di bawah menunjukkan nilai bersih isi rumah sebagai peratusan pendapatan boleh-guna (gabungan stok, bon, hartanah). Begitu juga, kadar tabungan dilaporkan telah kembali ke paras terendah dalam sejarah yang membawa maksud AS berbelanja dengan sangat besar tanpa membuat pelaburan dan simpanan.




Rumusan

Jadi, sekiranya laporan kewangan AS adalah bertentangan dengan laporan pertumbuhan penduduk, pertumbuhan pekerjaan atau pertumbuhan simpanan dan pendapatan yang mendorong pemulihan ekonomi atau rekod nilai aset. Laporan itu disyaki adalah umpilan (leverage) kewangan yang patut dikhuatiri atau bahasa mudahnya data yang diolah! Bentuk kekayaan itu akan hilang dengan sekelip mata dan tidak boleh dielakkan apabila umpilan itu dibalikkan (de-leverage). Ini satu industri senang berhutang dan lebih banyak hutang diwujudkan.
Kini, pentadbiran AS (seperti pelopor terdahulu) bercadang untuk menjalankan dasar kadar defisit 'yang besar', iaitu hasil inisiatif pemotongan cukai bersama inisiatif peningkatan perbelanjaan terhadap infrastruktur dan ketenteraan (ditambah $80b menjadi $886billion!).

Sudah tentu, AS secara teknikal boleh mengelakkan negara daripada bankrap kerana ia mampu mencetak secara sewenangnya wang yang diperlukan untuk membayar bil-bil (US Quantitative easing). Tetapi hal ini akan mengakibatkan pihak minoriti dan majoriti sama menerima implikasi negatif serta tertekan.
Golongan minoriti yang memiliki majoriti saham, bon, dan hartanah akan terus diberi ganjaran dari fleksibiliti hutang yang berterusan. Manakala, pekerja "kolar biru" atau "kelas pekerja" akan terus mendapati kadar sewa semakin meningkat, premium insurans meningkat, hutang pendidikan anak yang tinggi, malah pendapatan yang tidak mencukupi untuk membayar bil-bil sara hidup, apatah lagi jika mempunyai aset yang mengalami inflasi yang pantas, berbanding golongan minoriti.
Sekiranya pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Rizab Persekutuan, dan jutawan-jutawan Wall Street (antara lain) diurus secara tidak kompeten atau lebih cenderung untuk salah guna kedudukan dan kuasa mereka, perkara ini perlulah dibawa ke meja pengadilan. Sekurang-kurangnya, keseluruhan baik pulih dapat dijalankan bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar pada masa akan datang. Cadangan ini sebagai usaha menilai realiti sebenar ekonomi AS, pengimbangan semula jangka pendek, menumpu strategi jangka panjang.

Kesimpulannya, anda tidak perlu sedih dengan kisah ini, kerana anda bukan rakyat AS, cukuplah ambil iktibar perkara ini terhadap ekonomi kendiri dan keluarga. Anda perlu ketahui terdapat Negara yang turut sama alami masalah ekonomi yang lebih membimbangkan seperti China. AS masih mempunyai peluang sama ada untuk mengakui kemuflisan negaranya, atau ambil pendekatan menghentikan perbelanjaan defisit dan pencairan mata wang, menyusun semula ekonomi, dan menyusun semula perbelanjaan untuk tempoh jangka masa panjang.

Sepanjang sejarah ekonomi moden, Amerika Syarikat berjaya mengatasi pada setiap cabaran ekonomi seperti ini dengan cara mereka sendiri yang kita sudah pasti tidak mahu mendengarnya seperti sejarah-sejarah lalu iaitu Peperangan Dunia!



Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com