"Ada banyak potensi yang boleh diserlahkan daripada daripada blockchain merangkumi pelbagai industri, khususnya sektor kewangan Islam"
Inilah bait kata-kata Timbalan Menteri MOSTI semasa ucapan perasmian Forum Wakaf dan Blockchain Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 1 Mac lalu. Seminar ini menyaksikan pertukaran dokumen persefahaman di antara CEO Finterra Technologies, Hamid Rashid dan Profesor Dr Abdul Aziz Berghout (Pusat Antarabangsa Penyelidikan Wakaf - UIAM).
Pada masa sama, beliau juga menyatakan hasrat untuk membangunkan garis panduan syariah teknologi blockchain bersama stakeholders agar Malaysia dapat menerajui Sektor Kewangan Teknologi Islam (Islamic Fintech-IFT) pada masa hadapan. Sehingga kini, Malaysia mengganggotai ISO TC 307 Blockchain and distributed ledger technologies di peringkat antarabangsa selaku P-Member yang memberi kuasa undian terhadap Malaysia. Tujuh draf Standard Antarabangsa sedang dibangunkan.
Peningkatan inovasi yang berlaku dalam bidang kewangan dan teknologi akan menjadi faktor pendesak terhadap pihak berkuasa agama dan kewangan Islam, termasuk wakaf perlu bertindak dengan hati-hati dan perlu berubah mendepani cabaran.
Analisis Market Demon
Perkembangan mutakhir berhubung penerimaan teknologi blockchain dari aspek inovasi diterima baik di Malaysia melalui manfaat kecekapannya. Sebagaimana sedia maklum, urusan agama Islam adalah di bawah kuasa Negeri-negeri sepertimana dinyatakan di dalam Perlembagaan Malaysia. Ini membawa maksud urusan-urusan berkaitan agama termasuklah zakat dan waqaf diletakkan di bawah kuasa Negeri. Ini decentralised!
Dalam Perlembagaan Persekutuan hal ehwal Islam diletakkan di bawah bidang kuasa negeri. Hal yang demikian dapatlah difahami kerana Sultan adalah Ketua Agama bagi negerinya. Keharmonian ini ditambah lagi apabila setiap Sultan atau Raja yang menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya, baginda perlulah bersumpah akan memelihara Islam pada setiap masa sebagaimana yang tersurat dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
Cuba bayangkan ada negeri yang cuba mempelopori penerimaan teknologi blockchain dalam sektor kewangan Islam, sudah pasti urusan legislatif dan perundangan kewangan akan mengalami evolusi yang tidak dijangka, dapat diurus dengan cekap dan direkodkan dengan baik. Moga dengannya tiada pihak bertanggungjawab merompak wang-wang waqaf sama ada dengan membeli simulasi golf atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Persoalan seterusnya, adakah penglibatan di ISO akan menjadikan teknologi blockchain menjadi standard dan decentralised? Jawapannya hanya boleh dijawab selepas perlaksanaannya kelak oleh Negara-negara anggota. Semakin menarik bukan? Kita tunggu dan lihat, atau, ambil tindakan bermula saat ini.
Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq@cryptocall.gmail.com