Salah satu kunci utama ialah jika anda ingin berjaya, anda perlu belajar seperti profesional dan memahami apa yang mereka lakukan.
Pertama, trading & investing adalah seperti perniagaan-perniagaan lain. Apabila anda telah belajar untuk mengambil pandangan yang tidak memihak pada sesiapa, tidak bias pada berita, gosip, spekulasi, pendapat dan prasangka sendiri, anda akan menyedari bahawa pasaran adalah seperti perniagaan.
Mereka yang memahami pasaran hanya akan membeli pada harga yang rendah dengan idea untuk menjualnya semula pada harga yang tinggi, dan mereka hanya beroperasi dalam pasaran yang mempunyai kadar liquidity yang tinggi agar mereka boleh keluar masuk dalam pasaran dengan senang dan memperoleh keuntungan yang paling tinggi.
Trader profesional mengambil sedikit masa untuk mendapatkan posisi yang terbaik sebelum langkah besar dilakukan. Membeli terlalu banyak sekaligus akan menyebabkan harga meningkat terlalu cepat dan ianya tidak bagus untuk perkembangan pasaran.
Persediaan dalam membuat langkah penting dalam pasaran boleh mengambil masa yang agak lama. Pelabur besar atau pelabur individu tidak boleh terlalu kerap keluar masuk pasaran dalam satu sesi dagangan. Sebaliknya mereka perlu mengambil masa beberapa hari, minggu atau bulan untuk mengumpulkan (accumulate) harga.
Oleh itu, trader profesional menggunakan beberapa langkah : pertama, mereka akan "shake out" trader kecil dengan memaksa pasaran turun lebih rendah bagi mendapatkan harga yang lebih baik. Mereka melakukan cara ini semasa psikologi pasaran sedang lemah, tidak aktif dan tertekan, Apabila mereka ingin mengumpul harga (accumulate), mereka akan menyerang pasaran tersebut dan menjadikannya kelihatan lemah, dan memberi gambaran bahawa pasaran dalam keadaan heavy liquidation. Kemudian mereka akan cuba menaikkan harga dengan mengeluarkan beberapa berita baik mengenai pasaran yang mungkin sudah diketahuinya lebih awal.
Trader profesional melakukan "big short position" ketika orang awam (FOMO) menjangkakan harga akan terus naik. Sedangkan mereka sedang terpedaya oleh pergerakan harga. Dalam fasa ini, mereka yang rakus, tamak dan kurang peka bagaimana pasaran beroperasi akan membeli dengan kuantiti yang banyak. Lebih malang lagi, mereka mempengaruhi "circle" mereka bahawa sekarang adalah "good buying opportunity." Situasi yang sama terjadi pada Bitcoin.