Ringkasan Berita : Monero Pilihan Jenayah Siber - Market Demon

Sunday, March 18, 2018

Ringkasan Berita : Monero Pilihan Jenayah Siber


Pihak Berkuasa Luxembourg Memberi Amaran Terhadap Pelaburan Cryptocurrencies & ICOs.

Dalam amaran rasmi, pihak berkuasa Luxembourg menyatakan bahawa cryptocurrencies tidak disokong oleh mana-mana bank pusat dan memberi amaran terhadap volatility mata wang maya itu, selain transaksi cryptocurrency yang tidak telus dan model perniagaan yang tidak dapat difahami. Mereka turut memberi amaran tentang risiko kerugian memandangkan cryptocurrency exchange mungkin terdedah kepada sasaran penggodam. Walau bagaimanapun, mereka berkata bahawa blockchain boleh membawa kelebihan tertentu dalam penggunaannya dalam sektor kewangan.

Coincheck Delist Anonymity-Centered Cryptocurrencies 

Coincheck, crypto exchange yang berpusat di Jepun akan berhenti mengendalikan cryptocurrency berasaskan anonymous seperti Monero, Dash, dan ZCash selepas digodam pada Januari lalu. Dalam penggodaman itu, $ 534 juta NEM telah dicuri. Kira-kira separuh daripada NEM yang dicuri itu didakwa telah ditukar kepada cryptocurrency lain untuk pengubahan wang haram. Sebahagian daripada NEM yang dicuri dilaporkan telah ditemui di exchange Kanada.

Coincheck mengambil keputusan untuk menghentikan pengendalian semua cryptocurrency berasaskan anonymous kerana cryptocurrency ini tidak dapat dikesan di blockchain, menjadikan mereka lebih mudah digunakan untuk pengubahan wang haram.

Monero Pilihan Penjayah Siber

Satu kajian mendapati bahawa penjenayah siber "mencuci" wang haram sekitar $80-200 bilion setahun dan Monero (XMR) menjadi pilihan mereka. Mata wang maya kini merupakan alat utama yang digunakan oleh penjenayah siber untuk pengubahan wang haram. Monero (XMR), cryptocurrency berasaskan anonymity, menjadi kegemaran penjenayah kerana ia tidak dapat dikesan. Monero direka untuk menjadi benar-benar anonymous. 

Walaupun cryptocurrency telah menjadi lebih popular dikalangan jenayah siber, masih tidak jelas sama ada kesan mata wang digital cukup besar untuk menarik perhatian pihak berkuasa, memandangkan kebanyakan operasi jenayah di seluruh dunia masih dibiayai oleh wang fiat atau tunai.

Perkembangan Bitcoin

Banyak perkara boleh berubah sepanjang 9 tahun. Dalam dunia Bitcoin, kita juga melihat perubahan yang besar. Dalam tempoh 9 tahun sebelum ini, Bitcoin telah melalui beberapa perubahan yang menarik.

Pihak bank akhirnya mula menunjukkan minat terhadap Bitcoin, dengan beberapa institusi kewangan telah mula meneroka ke dalam dunia blockchain. Walaupun sebahagian yang lain menganggap Bitcoin sebagai ancaman kepada model perniagaan mereka.

Pada masa yang sama, beberapa masalah Bitcoin masih belum selesai. Bitcoin masih mempunyai masalah dengan scalability. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna orang ramai akan berhenti menggunakan Bitcoin sebagai kaedah pembayaran. Persoalan besar ialah bagaimana industri ini akan berkembang pada 9 tahun yang akan datang.

Mt. Gox Menafikan Jualan BTC, BCH Mempengaruhi Pasaran Crypto

Nobuaki Kobayashi, pemegang amanah Mt. Gox yang dilaporkan menjual lebih dari $ 400 juta Bitcoin (BTC) dan Bitcoin Cash (BCH) sekitar tahun baru menyatakan bahawa beliau tidak percaya tindakanya itu menjejaskan harga pasaran BTC atau BCH.

Mt. Gox yang berpangkalan di Jepun adalah cryptocurrency exchange terbesar dunia sebelum mereka digodam pada Februari 2014 membawa kepada kehilangan 850,000 BTC. Jualan BTC dan BCH oleh Nobuaki Kobayashi adalah sebahagian besar dari usaha untuk membayar semula wang pengguna yang hilang.

Firma Wall Street Menyenaraikan Bitcoin Dalam Aset Dagangan

Firma Jane Street Capital yang ditubuhkan pada tahun 2000 telah menyenaraikan Bitcoin (BTC) dalam aset dagangan mereka. Mereka menyatakan bahawa mereka akan tetap terbuka untuk terlibat lebih jauh dalam pasaran cryptocurrency.

Jane Street sentiasa mengambil pendekatan yang dianggap sebagai peluang perdagangan dan akan terus melakukannya. Pelabur Wall Street yang lain juga turut terlibat dalam cryptocurrency. Pelabur besar Amerika Syarikat, Bill Miller memberitahu pemberita pada Disember tahun lalu bahawa beliau telah melabur separuh daripada dana hedge fund ke dalam Bitcoin.