4 Kesilapan Yang Traders Baru Lakukan - Market Demon

Saturday, March 17, 2018

4 Kesilapan Yang Traders Baru Lakukan


8-9 dari 10 traders gagal membuat keuntungan secara konsisten. Bagaimana anda mengukur dengan sempurna perkembangan anda? Walaupun ada yang mendapat keuntungan melalui nasib, namun ianya jarang berlaku. Kebiasaannya kerugian melebihi keuntungan. 9 position profit, 1 position loss, seluruh akaun licin.

Luangkan masa membaca lebih banyak mengenai pasaran dan apa yang anda mahu laburkan. Pastikan anda berada dalam kedudukan yang betul untuk melabur. Jika anda pasti ini adalah laluan yang anda pilih, laksanakan strategi dan buka akaun demo untuk latihan terlebih dahulu. Di bawah ini kami senaraikan kesilapan terbesar yang sering dilakukan traders.

4. Tidak Merancang Kerugian

Ramai traders baru menganggap trading adalah cara mudah untuk menghasilkan wang. Boleh jadi mereka terpengaruh dengan golongan marketers yang mempromosikan instrumen tertentu. Ini tidak benar. Lakukan kajian terlebih dahulu. Disamping melihat potensi keuntungan, jangan abaikan risiko kerugian. Jika anda tidak mempunyai pelan pengurusan kerugian, anda tidak layak menggelarkan diri sendiri sebagai trader atau investor, maaf, anda adalah gambler.

3. Terlalu Fokus Pada Keuntungan

Majoriti melakukan kesilapan ini. Walaupun ya, anda terlibat dalam pasaran untuk menghasilkan wang, kuncinya di sini ialah keuntungan adalah hasil daripada proses dagangan yang berjaya. Anda tidak boleh belajar segala-galanya hanya dari universiti, atau melalui buku, atau menyertai seminar, kelas dan bengkel pelaburan. 

Industri ini secara fundamental adalah berdasarkan spekulasi. Anda akan sentiasa belajar sesuatu yang baru. Keadaan pasaran sentiasa berubah. Position trading yang anda ambil sebelum ini, tidak akan sama dengan hari ini. Setiap position baru akan beri anda pengalaman, cabaran dan pengajaran yang baru. Jadi, jangan terlalu berorbitkan wang ringgit. Belajar dari setiap position yang anda ambil dan kembangkan pendekatan dan kaedah anda.

2. Tidak Menguruskan Wang Dengan Cara Yang Betul

Kekurangan kawalan emosi biasanya membawa kepada pengurusan wang yang lemah, yang akan menyaksikan anda hilang segala-galanya dengan cepat. Untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa pasaran kerana diserang secara emosi dan psikologi, sebelum masuk ke dalam pasaran buat perancangan yang menggariskan seberapa banyak wang anda sanggup rugi.

 1. Tidak Tahu Bagaimana Pasaran Beroperasi

Ada satu pepatah yang berbunyi begini,

A fool and their money are easily parted.

Mengapa anda mahu merisikokan wang anda pada sesuatu yang anda tidak ada idea langsung mengenainya? Jika anda tidak tahu membaca chart, tidak tahu bagaimana market beroperasi, anda tak ubah seperti menikam nombor ekor dan menuju ke bencana kewangan. Sekiranya perlu, cari perunding profesional untuk dapatkan nasihat dan bantuan mengenai pelan tindakan. 

Membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya sebagai trader berpotensi menjadi salah satu pilihan terbaik dalam hidup anda. Anda mampu meninggalkan sistem 9-5 dan menikmati hidup mengikuti definisi anda. Tetapi harus diingat, semua orang boleh trade tapi tak semua orang mampu jadikan trading sebagai satu kerjaya. Semoga berjaya! 


Don’t risk money you cannot afford!