Perbezaan pendapat dalam ekonomi, dua ahli ekonomi yang berpengetahuan mengkaji dan menganalisis data yang sama akan muncul dengan pendapat yang berbeza tentang ekonomi. Mengapa boleh wujud perbezaan pendapat sedangkan data yang dianalisis adalah sama?
Aliran Falsafah Ekonomi
Seperti yang kita lihat, tidak ada jawapan yang mudah, terdapat banyak faktor kenapa pandangan ahli ekonomi boleh berbeza. Perbalahan utama dikalangan ahli ekonomi adalah berkenaan falsafah ekonomi. Terdapat dua aliran utama dalam pemikiran ekonomi :
Seperti yang kita lihat, tidak ada jawapan yang mudah, terdapat banyak faktor kenapa pandangan ahli ekonomi boleh berbeza. Perbalahan utama dikalangan ahli ekonomi adalah berkenaan falsafah ekonomi. Terdapat dua aliran utama dalam pemikiran ekonomi :
1. Ekonomi Keynasian
2. Laissez-Faire atau pasaran bebas
Ahli ekonomi Keynasian, John Maynard Keynes, merupakan individu pertama yang menggubal idea-idea ini menjadi teori ekonomi yang menyeluruh pada tahun 1930-an, beliau percaya bahawa ekonomi yang berfungsi dengan baik dan berkembang dibantu oleh kombinasi sektor swasta dan kerajaan. Melalui bantuan kerajaan, maksudnya dengan dasar monetari dan dasar fiskal yang aktif, yang berfungsi untuk mengawal bekalan wang, dan menyesuaikan kadar faedah mengikut perubahan keadaan ekonomi.
Sebaliknya, ahli ekonomi Laissez-Faire atau pasaran bebas, menganjurkan idea menolak campur tangan kerajaan dalam ekonomi. Mereka berpendapat lebih baik pasaran dibiarkan menyelesaikan sendiri masalah ekonomi yang mungkin terjadi. Ini bermakna, tidak ada ballout dari kerajaan, tidak ada subsidi kerajaan, dan tidak ada perbelanjaan kerajaan untuk merangsang ekonomi.
Kedua-dua aliran falsafah ekonomi itu mempunyai merit dan kelemahan masing-masing. Tetapi kepercayaan yang kuat terhadap aliran masing-masing menjadi penyebab utama ketidaksepakatan dikalangan ahli ekonomi. Setiap falsafah mewarnai cara ahli ekonomi melihat keadaan ekonomi, baik makro mahupun mikro. Akibatnya, setiap pernyataan dan ramalan ekonomi mereka akan dipengaruhi oleh falsafah masing-masing.
Selain dari perbezaan falsafah, ketidaksepakatan antara ahli ekonomi juga timbul kerana pelbagai faktor yang lain. Ini termasuk bencana alam, peperangan, pergolakan politik, epidemik atau pandemik, dan malapetaka.
Data Ekonomi
Apabila meramalkan masa depan ekonomi, sama ada short-term, mid-term, atau long-term, ahli ekonomi akan mengkaji beberapa data penting. Kebanyakan ahli ekonomi mempunyai keutamaan sendiri untuk meramal masa depan. Beberapa data yang dikaji adalah seperti dibawah :
- Gross domestic product (GDP)
- Inflation or deflation rate
- Employment numbers
- Jobless numbers
- Market indexes
- New housing starts
- Existing home sales
- Treasury interest rates
- Interest rate
- Money supply
- Currency exchange
- Borrowing and lending trends, and interest rates on loans
- Debt levels in various categories
- Personal savings rate
- Business and personal bankruptcy rates
- National debt
- Budget deficit
- Commodity prices, future and spot market
- Personal income
- Industry sectors
- Mortgage defaults and delinquencies
- Supply and demand of various consumer goods and services
- Capital expenditures of businesses and industries
- Consumer spending
- Consumer debt
- Consumer confidence
- Business cycles
- Monetary and fiscal policies
Katakan terdapat 3 orang ahli ekonomi, mereka melihat semua data di atas dan membuat 3 ramalan yang berbeza.
1. Ahli ekonomi A mungkin mengatakan bahawa ekonomi akan berkembang.
2. Ahli ekonomi B mungkin berkata ekonomi akan menyusut.
3. Ahli ekonomi C mungkin berpandangan bahawa ekonomi akan kekal rata.
Kenapa Wujud Perbezaan Pendapat?
Menganalisis dan menafsir data ekonomi adalah seni dan sains. Dalam aspek saintifik, ekonomi secara umumnya boleh diramal. Sebagai contoh, sekiranya ada permintaan yang tinggi untuk sesuatu produk dan produknya adalah terhad, harganya akan meningkat. Oleh kerana harga produk meningkat, permintaan akan merosot. Pada titik harga tertentu, permintaan untuk produk akan berhenti.
Bilangan pekerjaan juga merupakan indicator yang dapat diramal. Sekiranya bilangan pekerjaan mencapai 100%, maka ekonomi pada umumnya akan berkembang dan majikan perlu membayar gaji yang lebih tinggi untuk menarik kakitangan. Sebaliknya apabila kadar pengangguran tinggi dan pekerjaan tidak mencukupi, upah dan faedah akan menurun. Akhir sekali, sesetengah ahli ekonomi menggunakan elemen yang tidak dijangka ke dalam ramalan mereka, oleh itu, perselisihan pandangan kerap berlaku.
No comments:
Post a Comment