Menara Tulip, Pencakar Langit Terbaru Kota London - Market Demon

Wednesday, November 21, 2018

Menara Tulip, Pencakar Langit Terbaru Kota London

Tulip
Isnin lalu, arkitek British, studio Norman Foster, telah mengumumkan rancangan untuk membina bangunan pencakar langit yang berbentuk seperti bunga di pusat kewangan London. Tulip kaca bertingkat 1,000 kaki di muka bumi London mungkin akan menjadi tarikan baru Britain.

Sebelum ini, studio Foster telah membina bangunan pencakar langit yang berbentuk peluru, diberi nama Gherkin. Gherkin mula dibuka pada tahun 2004. Sejak itu, terjadi perlumbaan untuk membina menara luar biasa. Gherkin akan menjadi kurang menyerlah dan hampir tertutup oleh bangunan pencakar langit yang lain di sekitarnya yang akan bertambah pada tahun-tahun akan datang.

Gherkin
Menara baru yang sedang dirancang pembinaannya akan menaikkan kepentingan estetik, dengan struktur gelas seperti bunga tulip. Norman Foster optimis dengan projek Tulip yang akan bermula pembinaannya pada tahun 2025.

Projek ini merupakan hasil kerjasama antara J. Safra Group, pemilik Gherkin, dan Foster & Partners. Permohonan projek ini telah dikemukakan kepada pihak berkuasa secara rasmi pada minggu lepas dan pembinaan boleh bermula seawal tahun 2020 jika mereka mendapat kebenaran. Walau bagaimanapun, jurucakap projek ini enggan berkongsi bagaimana projek Tulip akan dibiayai.



No comments: