Horse Currency, Cryptocurrency Baru Dari Malaysia - Market Demon

Wednesday, November 21, 2018

Horse Currency, Cryptocurrency Baru Dari Malaysia


Country Heights Holding Bhd mahu menerbitkan cryptocurrency sendiri yang dipanggil "Horse Currency" melalui Initial Coin Offering (ICO). Menurut mereka, Horse Currency mempunyai perbezaan dengan semua cryptocurrency lain yang terdapat dalam pasaran Malaysia kerana Horse Currency akan disokong oleh aset syarikat (Asset-Backed Cryptocurrency).

Apabila ia dilancarkan nanti, Horse Currency akan digunakan sebagai token utility, token ganjaran dan program royalti dengan perniagaan, produk dan perkhidmatan di bawah strategi perniagaan baru syarikat itu. Country Heights bercadang untuk mengeluarkan satu bilion unit Horse Currency yang disokong oleh aset syarikat bernilai RM2 bilion. 300 juta unit awal dibuka untuk edaran kepada orang ramai. 

Menurut mereka, dalam era digital yang bergerak begitu pantas, Country Heights berhasrat untuk turut sama dalam gelombang populariti teknologi blockchain dan cryptocurrency, dalam mencari cara baru dan kreatif untuk meningkatkan modal bagi mengembangkan syarikat.

Idea pengasasnya ialah kita tidak dapat menolak zaman digital, seperti mana ketika internet berada di peringkat awal. Ramai yang mengatakan syarikat-syarikat dot com akan jatuh. Internet kini menjadi teknologi yang tersebar luas di seluruh dunia. Country Heights percaya mereka dapat menjadi syarikat pertama yang dapat mengubah sesuatu yang tidak begitu dipercayai menjadi sesuatu yang dapat dipercayai.

No comments: