Jawatankuasa Kewangan Kanada Mengesyorkan Peraturan Crypto bagi Mencegah Pencucian Wang Haram - Market Demon

Wednesday, November 21, 2018

Jawatankuasa Kewangan Kanada Mengesyorkan Peraturan Crypto bagi Mencegah Pencucian Wang Haram



Jawatankuasa Kewangan Kanada mencadangkan agar cryptocurrency harus dikawal selia sementara kajian semula mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pembiayaan Keganasan (PCMLTFA).

Jawatankuasa Kewangan Kanada telah mengadakan sebanyak 18 mesyuarat untuk kajian PCMLTFA, yang telah bermula pada bulan Februari tahun ini. Hasil kajian daripada jawatankuasa kewangan telah mengemukakan tiga cara bagi kerajaan untuk mengawal selia mata wang digital.

Cadangan pertama adalah untuk mengawal pertukaran dari fiat ke cryptocurrency, mentakrifkan dan mengawal entiti yang menjalankan pertukaran(exchanger) dalam perkhidmatan pertukaran wang di Kanada. Di Kanada, perkhidmatan pertukaran antara wang fiat dan cryptocurrency terikat kepada garis panduan laporan kewangan yang ketat dan mesti mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PCMLTFA.

Cadangan kedua pula, kerajaan perlu memiliki lesen daripada bursa cryptocurrency yang boleh dimohon sebagai contoh seperti BitLicense New York. Penasihat kewangan IJW & Co. dan firma undang-undang Durand Morisseau LLP yang perlu mengandungi testimoni daripada saksi-saksi sebagai laporan, ini untuk mengelakkan transaksi crypto yang meragukan dalam persekitaran yang tidak menentu hari ini.

Cadangan terakhir yang dikeluarkan oleh jawatankuasa kewangan Kanada adalah mencadangkan agar kerajaan lebih ketat dalam mengawal dompet cryptocurrency untuk memudahkan kerajaan mengesan (tracking) mana-mana dompet cryptocurrency yang mencurigakan.

Peraturan mengenai cryptocurrency semakin banyak dilaksanakan di seluruh dunia. Ini bagi mengelakkan masalah-masalah yang bakal timbul jika tidak dikawal selia terlebih awal.

No comments: